:)

Followers

my playlist


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com



Wednesday, May 11, 2011

Cemburu Tanpa Sayang , Tapi Jangan Berlebihan

Dalam sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan.

Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan dalam hubungan.Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya.Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman.

Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang.Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas.Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan?Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup.Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.

Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat.Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya.Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi, apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan.

Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain.Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri. Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia:

* Jangan sesekali memungkiri janji.

* Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.

* Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.

* Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.

* Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.

* Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan.

CREDIT BY:TIPS CINTA

Tuesday, April 19, 2011

Cinta Si Peluka Hati…

Salam , hari ni peluka nk tulis ttg cinta , sesuatu yg sgt subjective dan peluka sedar ia tk semudah kita menyebutnya.

Setiap insan peluka percaya akan bertemu dgn cinta masing2 kerana ia adalah fitrah bagi setiap manusia , cinta tk pernah bersalah , meluka atau menipu sesiapa kekadang ramai org selalu menyalahkan cinta bila terjadinya perpisahan , sedangkan kadang2 faktor tidak keserasian dan sikap individu itu sendiri yg sebenarnya menghancurkan apa yg dipanggil cinta , tapi cinta tetap dipersalahkan , tk adilkan ?? dalam bab ni peluka rasa pemikiran kita harus diubah agar lebih positif utk menilai cinta dari sudut yg lebih jelas dan luas.

Peluka juga ada cinta dan juga pernah meluka walau tidak berniat begitu sebenarnya , bila berbual ttg isu perasaan ini mmg sukar sgt2 ye la bayangkan 2 jasad harus berkongsi 1 prasaan , klau tersilap pasti ada yg terguris dan terluka , kdg2 kita harus jadi org lain dan bukan diri sendiri utk menjaga hati sang kekasih dan bila fikir2 balik ia benar2 hepokrit , jadi dari terus menipu insan yg tersayang dan diri sendiri peluka ambil keputusan utk berpisah , meluka dan terluka mungkin itu yg peluka boleh gambarkan perasaan peluka diwaktu itu , diwaktu dia sedang membenci peluka dgn sepenuh hati dan peluka pula belum dapat lupakanya , mmg sakit sgt time tu….tapi cinta ni mcm magic kan walau sakit tapi ttp inginkanya heheehehe bak kata Tun Mahathir “perjuangan belum selesai” , begitulah ibarat cinta ada kalanya kita tewas dan ada kalanya kita akan dapat tawan hati dan perasaan tapi yg pastinya dalam cinta bukan menang atau kalah jadi taruhan , Cuma kekecewaan dan kebahagian jadi ukuran.

Benarlah kata orang kekecewaan adalah guru yg terbaik dalam mengajar dan mematangkan kita ttg cinta , peluka mula sedar yg peluka hanya manusia biasa yg tk dapat menilai dan mencari cinta dgn hanya mengunakan mata dan perasaan , jadi peluka serahkan segalanya pada Sang Pecinta kerana hanya dia Maha Mengetahui lagi Maha Mencintai , peluka panjatkan do’a dan harapan agar dipertemukan dgn seseorang yg mempunyai “hati nurani” , yg dapat jadikan teman buat menemani perjalanan kehidupan yg penuh ranjau ini huhuhuhu , kini peluka telah bertemu dan ternyatalah Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Menolong hambanya , walaupun dia tidaklah “sempurna” tpi dimata peluka dia adalah yg terbaik kerana dia sangggup berkongsi saat susah dan senang dan sentiasa menasihat peluka bila memerlukan , senang cerita peluka dapat 1 pakage kekasih , kawan dan sahabat , syukur alhamdullillah.

Apa yg peluka dapat simpulkan kekecewaan juga adalah 1 ujian atau dugaan kepada kita , menguji betapa cinta itu boleh melalaikan kita dari mengingati Allah atau membuat kita semakin dekat dan menjadi hamba yg bersyukur , cinta juga boleh merosakan kita jika kita begitu angkuh dgn kecantikan , rupa dan kebendaan yg kita miliki dan akhirnya kita akan menyesal kerana itu semua tk tahan lama melainkan Allah , formula yg paling mudah utk mencari ialah ikut apa yg telah ditetapkan seperti Agama , rupa , harta dan keturunan. Disamping berusaha mencari perlu juga perbanyakan do’a dan jgn ambil resiko dgn menerima sesiapa saja tanpa memilih dan berfikir , kita ada maruah dan harga diri oleh itu jgnlah jadi sebegitu murah , moga kita semua dipertemukan dgn insan yg melabuhkan cintanya kepada Allah… amin 

Saturday, April 9, 2011

Cara buat blog di blogspot

Mungkin ada diantara anda yang belum tahu tentang blog dan bertanya-tanya tentang blog, maka Maribinablog.blogspot.com akan mengulas sedikit tentang blog menurut apa yang Maribinablog.blogspot.com tahu.

Apa itu Blog ?

Blog ( singkatan dari Weblog) adalah sesuatu yang bersifat personal, iaitu lebih kepada diari dari pembina blog itu sendiri.

Blog dibina oleh designer blog agar mudah untuk diselanggara , jadi bagi anda yang masih kurang faham dengan bahasa code untuk membuat sebuah blog, kini ianya tidak lagi menjadi masalah. Apabila anda sudah boleh membuat sebuah account gmail di internet, maka dalam membuat blog pun ianya adalah mudah.


Cara membina blog

Seperti halnya e-mail, dalam membuat blog pun kita harus mempunyai sebuah account terlebih dahulu, oleh kerana itu sila daftarkan diri anda terlebih dahulu di free blog provider (penyedia hosting). Free blog provider banyak terdapat di internet dan yang popular pada hari ini adalah http://www.blogger.com dan http://www.wordpress.com

Dalam kesempatan kali ini Maribinablog.blogspot.com akan mengulas tentang cara pembinaan blog di http://www.blogger.com.

Setelah anda sudah mendaftar akaun di blogger.com, anda akan melihat gambar seperti gambar di atas. Perkara yang perlu anda lakukan ialah:

1. Klik tanda anak panah yang bertuliskan " CREATE A BLOG "

2. Daftar akaun blogger dengan alamat gmail anda.

3. Isi Blog Title dengan nama yang ingin anda gunakan. Sebagai contoh, bina blog mudah dengan blogspot.

4.Tulis alamat blog anda di ruangan Blog Adress (URL). Sebagai contoh, maribinablog.blogspot.com.

5. Isi dibahagian Word Verification dengan huruf yang diberi didalam gambar.

6. Seterusnya klik Continue.

7. Pilihlah template yang anda inginkan. Kemudian klik gambar anak panah yang bertuliskan Continue.

8. Setelah keluar tulisan Start Blogging, klik gambar tersebut. Anda kini sudah boleh mula menulis. Setelas selesai menulis, klik Publish Post.


Isi ( Content ) blog :

Bagi mereka yang baru mula membina blog, biasanya mereka keliru selepas mendaftarkan blog mereka. Apa yang harus di tulis dalam sebuah blog. Isi (content) dari sebuah blog tentu saja terserah kepada tuan blog itu sendiri, apakah yang mahu ditulis, perjalan hidup, teknik, tip, tutorial ataupun apa saja.

Credit:MARIBINABLOG

tips untuk memilih template blogspot

Dalam memilih template blog, kita perlu sedar, sesuaikah template yang di pilih itu dengan isi yang ingin kita sampaikan. Sebagai contoh, kita ingin menggunakan blog sebagai platform perniagaan atau business, template yang mungkin sesuai adalah template yang berstail elegant dan magazine. Mungkin sedikit janggal jika menggunakan theme yang gelap. First impression adalah satu aspek yang tidak boleh kita pandang ringan dan abaikan jika ingin menarik lebih ramai lagi visitors.

Begitulah juga dengan template blog yang berkategori personal yang biasanya dipilih berdasarkan minat, bermotif dan berbunga oleh pemilik blog tersebut.

Tips memilih template blogspot.

1.Template yang terbaik adalah template yang mesra SEO. Ini kerana template tersebut di bina khas yang bertujuan untuk mendapatkan rank yang baik dalam search engine dan friendly pada visitor. Biasanya, loading untuk template yang mesra SEO ini adalah sangat cepat.

2.Semasa kita melihat preview template yang handak di pilih itu, pastikan semasa proses loading template tersebut, bahagian post akan muncul dahulu dan di ikuti bahagian sidebar. Ini kerana, jika berlaku error pada widget di sidebar semasa proses loading, ia tidak akan mengganggu bahagian post.

3.Jika anda memilih untuk menggunakan template 3 colum, anda di cadangkan supaya menggunakan template yang mempunyai 2 sidebar yang di letak di sebelah kanan secara bersebelahan. Ini kerana, jika berlaku masalah ataupun error dari hosting widget-widget yang telah di pasang pada sidebar, ia tidak akan menggangu proses loading bahagian post.

4.Dari segi warna, putih adalah warna yang terbaik sekali. Putih dilihat lebih mesra dengan visitors. Jika anda ingin menggunakan warna yang gelap ataupun hitam, pastikan font adalah sesuai dan pastikan juga saiz dan jenis font tidak menyukarkan visitors untuk membacanya.

5.Pilih template yang kurang menggunakan image. Walaupun template yang menggunakan image Nampak lebih cantik dan menarik, tetapi ia mempunyai kelemahan dari segi loading. Biasanya image yang digunakan untuk template tersebut berformat png.

6.Pilih template yang kurang menggunakan javascript yang di host dari luar. Ini kerana, ia akan mengganggu proses loading blog kita jika terdapat masalah atau error yang berpunca dari hosting tersebut.

Credit:MARIBINABLOG

Friday, April 8, 2011

Sites terbaik untuk download template blog

Selain daripada template yang disediakan oleh blogger.com ataupun yang terdapat di Template Designer, anda juga boleh menggunakan template yang menarik dan percuma.

Jika anda ingin mendapatkan template-template blog yang menarik dan tidak tahu di mana untuk mendapatkannya, di bawah ini tersenarai 12 sites yang menyediakan template blog secara percuma. Anda boleh memilih template mana yang di rasakan menarik dan sesuai mengikut citarasa anda sendiri.


http://www.bietemplates.com

http://www.finalsense.com

http://btemplates.com

http://www.dantearaujo.net/search/label/Free%20Template

http://www.ourblogtemplates.com

http://www.mytemplatebox.com

http://www.forfreebloggertemplates.com

http://www.bloggertemplatesfree.com

http://www.eblogtemplates.com/templates/blogger-templates

http://www.deluxetemplates.net

http://www.bloggerblogtemplates.com

http://www.chethstudios.net/2009/01/roundup-of-best-blogger-templates.html

Tambahan:

http://www.bloggerstyles.com/

http://lenatoewsdesigns.blogspot.com/

http://www.bloggerthemes.net/

http://leelou-freelayouts.blogspot.com


credits:MARIBINABLOG


Wednesday, April 6, 2011

Duit Dan Manusia , Siapa Tuan Siapa Hamba ??

Salam, kata orang sbb duit ni adik beradik boleh bergaduh dan hilang saudara mara , mungkin 10sen tiada membawa apa2 erti kepada anda tetapi sebenarnya dari nilai 1sen duit itu sudah ada harganya , cuba bayangkan klau kita ada 99sen , walau ia sudah dekat dgn RM1 tetapi ia tidak akan menjadi RM1 selagi tidak ada 1sen yg bukan sekadar menjadi nilai tambah malah menukar dari sen menjadi RM.

Duit ini ada kuasanya , ada yg menilai sesebuah ekonomi atau individu itu dari harta atau duit yg dia ada , duit ini ciptaan manusia tetapi peranannya kadang kala membuat manusia itu sendiri hilang punca , peluka pernah dgr ada seseorang berkata “nyawa skrg ni da tkda harga , klau ada duit dunia pun kita boleh beli” , tapi peluka tknk komen ttg kuasa duit atau kepentinganya kepada org lain , sbb peluka sendiri mengaku utk dunia hari ni duit mmg 1 keperluan utk semua org termasuk peluka , nk masuk tandas awam pun kene bayar kan , tkde yg free skrg ni hehehehe , tapi apa yg peluka risau kan bila kita tidak tahu bezakan keperluan dan keinginan sehingga duit menjadi segala2nya utk kita , duit da jadi seperti “Tuan” kepada kita , sehinggakan kita terlupa asal duit itu kitalah tuannya (ye la kita yg buat die kan) , duit seperti “nyawa” kepada kita , ada duit kita bahagia , tkde duit kita tkbleh hidup , (benda ni sgt subjektif , masing2 ada pndapat sendiri , klau tersalah tafsir nt ada yg marah hehehe). Moga kita tau beza kan ttg perkara ni.

Peluka tgk kdg2 ada org yg kaya byk duit tapi tk senang mne pun , malah ada jugak yg peluka tgk hancur sbb duit , ye la mak bapak byk duit anak mintak apepun bagi je , enjoy punya enjoy “dunia ana yg punya ” last2 kali dgn die dan duit2 skali hancur , kita kena ingat duit boleh cari tapi kehidupan kita , ksempatan dan ahli keluarga itu adalah rahmat dan amanah dari Allah , kena jaga dan berhati2 dgn kuasa duit , bila peluka fikir2 balik antara ujian yg paling hbat Allah beri ialah nikmat menjadi kaya , kerana kita mudah lupa dan lalai bila diuji begini , berbeza diuji dgn miskin dan sakit , selalunya kita akan mudah ingat dan mohon simpati pada Allah… wallahualam.

Apa yg pluka boleh simpulkan disini , kita sebagai manusia mmg perlukan duit tetapi jgn sampai duit menguasai kita , org islam perlu jadi bangsa yg kuat dan berdaya saing bagi mengangkat maruah agama , yg berduit jgn jadi buta kernanya , malah boleh membantu golongan yg memerlukan dgn cara bersedekah , bayar zakat , wakaf dan sbagainya , dan “kesederhanaan” dalam hidup adalah yg paling penting bagi pluka , sbb Rasullullah pun mengamalkan kesederhanaan dalam hidup , jadi boleh lah kita menjadikan Baginda S.A.W sebagai contoh dlm kehidupan kita , moga kita semua tidak terleka dan terpuukau dgn kuasa duit , kerana tiada apa benda di dunia ini yg kekal termasuk duit melainkan Allah …wallahualam.
p/s : semua yg baik itu dari Allah , dan yg lemah dan silap itu dari diri peluka sendiri .. :)


Thursday, March 31, 2011

AF9 AF terakhir.....

AF kini mnjelma lg , tahun lepas SHAHIR berjaya bagi meneruskan legasi juara2 yg lpas sperti mawi , stacy ,hafiz dan lain2 , itu cerita AF yg lpas2 . AF kali ini muncul dgn repotasi yg lebih besar dgn tenaga pengajar yg baru sperti Ning Baizura juga kembalinya cikgu SAFII dan cikgu Arep , namun kata orang apalah AF tanpa gimik yg memang lumrah dan dinanti2 oleh semua peminat AF , yg pastinya AF kali ini yg di gembar-gembur kan sbagai ‘AF yg terakhir’ pasti menjanjikan sesuatu yg luar biasa dan gimik yg pasti meninggalkan kenangan yg indah dan mendalam buat peminat2 AF . Kehadiran Adlin sebagai guru lakonan mmng 1 prkara yg boleh kita panggil gimik yg pling besar yg dibuat oleh pihak AF sndiri biar pun AF belum pun bermula , mana taknya dgn repotasi seorang pengkritik yg hebat dgn bahasa2 yg mmbuat hati sesiapa saja jd agak kelakar dan kdang2 marah (pluka nak tgk sangat apa si adlin ni boleh buat utk AF kali ini ataupun dia hanya sekadar pandai bercakap dan mengkritik ahaks).

Walau pun AF hanya akan bermula pada sabtu ini namun demam AF sudah melanda , peluka percaya ramai merindukan aksi kamera yg boleh bergerak kadang2 boleh bercakap dan gelagat peserta yg pasti byk mengundang cakap2 belakang khususnya pada mereka yg melihat diari AF (dikarpet @15 dan di fesbok mmg topik panas ni kekekeke) , tapi bagi peluka sendiri peluka lebih menantikan pengumuman pengecara dan yg lebih dari itu ialah teka teki siapa pengetua AF ini , Ahmad Dani ??? Siti Nurhaliza ??? peluka betul2 no idea , jadi kita tunggu pada hari sabtu ini senang cerita hehehehe.

Ada beberapa prsoalan dan teori yg brmain di fikiran peluka , antaranya ialah benarkah Adlin di jadikan sbagai tenaga pengajar AF kali ini agar tidak ada lg kritikkan yg hebat utk AF terakhir kali ini ?? dan benarkah Pak Nil dipanggil utk mengecara semula agar dapat menarik penonton2 AF yg saban tahun agak semakin berkurangan ?? itu mungkin soalan dari kotak pemikiran peluka sebagai salah seorang penonton AF (yelah klau x tgk AF pun bil astro kna bayar jugak ahaks) , apapun AF akan terus hadir dgn segala gimik sama ada utk buat kita ketawa , tersenyum atau menangis , umur 9 tahun bagi sebuah siri realiti tv boleh la dianggap telah matang dan ada repotasi yg besar , dan ia sudah pasti merujuk kepada AF sendiri ….

AF belum bermula kita hanya mampu meramal dlm kesamaran , apapun bagi peluka sendiri memang ada perasaan seperti kecewa bila dapat tahu ini adalah AF yg terakhir , walaupun mungkin AF tidak dapat melahirkan bintang bertaraf dunia tp setidak tidaknya AF berjaya membuat kita rasa hepy dan sdikit teruja bila menontonnya ….. ALL THE BEST FOR FINAL AF… 

Monday, March 28, 2011

Gasing (Nostagia Peluka Hati)

Salam , harini peluka nk taip ttg “Gasing” permainan peluka bersama teman2 sekampung di suatu masa time kanak2 , gasing adalah permainan yg penuh kisah dan kenangan bersama kawan2 , gasing diperbuat dari kayu , paku , seutas tali guni dan 1 penutup botol minuman , gasing boleh dimainkan secara berkumpulan yg dipanggil gasing pangkah , 1 bulatan harus dibuat dan pemain2 harus melakukan ‘jep’ utk menentukan gasing siapa yg harus diletakan dalam bulatan utk dipangkah oleh pemain2 lain (itu serba sedikit ttg asas permainan gasing)

Tapi gasing peluka agak special sedikit hehehehe sbb peluka tidak beli di kedai tetapi sebaliknya menempah dari seorang pak cik yg menghasilkan gasing itu dgn buatan tangan dan menggunakan kayu dari dahan jambu (tak kisah la jambu batu ke jambu air) kerana disamping gasing itu akan agak besar dari saiznya dari gasing biasa , gasing buatan tangan juga akan menghasilkan bunyi berdengung yg sgt hebat (hanya sesiapa yg main gasing saja tahu hebat cmne hehehe) , peluka juga telah melakukan ubah suai dgn menukat paku yg lebih besar siap diasah tajam (ni kalau kawan2 tgk mmg menghadirkan gerun punya…hikkk ) , mmg pernah terjadi ada kawan peluka yg balik umah dalam keadaan menangis sbb gasingnya berlubang dan serpih akibat dipangkah oleh kawan2 yg lain (ini kes makan hati huauhahauhauhua) , tetapi keesokan harinya dia akan kembali bersama gasing baru dan semangat baru , kira mcm berhantu jugak lah permainan gasing ni ye la walau kene mcm mne pun ttp nk main gak , peluka juga pernah kena marah akibat gasing ni , ye lah sbb terlalu asyik main gasing smpai azan magrib pun tk dengar , apa lagi kena ceramah free la heheheheh

Gasing juga menhadirkan byk kenangan yg terindah , permainan yg menyatukan anak2 kampung dan memberi kami kenal erti persahabatan dan kehidupan , bagi peluka hidup ni kdg2 mcm gasing “kadang2 kita pangkah gasing orang , esok2 kita plak kena pangkah balik “ mcm kehidupan kan hihiihihi , kami jugak main bukan takat dengar rakan sebaya malahan golongan yg brergelar pakcik2 pun turut join sekaki , jadi suasananya sgt gamat dan sukar utk di ceritakan disini (sekarang susah nk jumpa suasana mcm ni ye lah semua nya sibuk2 dgn urusan masing2) , peluka rasa suasan begini mmg tkkn dapat walau pun ada yg sanggup membelinya jika ada dijual , peluka kdg2 kesian dgn kanak2 zaman sekarang yg tk sempat merasa apa yg peluka pernah rasa dahulu , sekarang ni diorang hanya boleh main bey blade gasing moden yg canggih tapi tiada nilai sentel mental seperti bermain gasing kayu…hmm

Byk perkara yg perkara tk dapat nk cerita kan kerana ia sgt sukar digambarkan dgn taipan , biarlah pengalaman dan kenangan itu mekar di ingatan peluka , peluka harap ada usaha utk menghidupkan kembali permainan gasing pangkah ini , kerana bagi peluka permainan tradisional itu juga melambangkan jati diri ……

Sunday, March 27, 2011

Cokodok (My Sweet Heart)



Salam , peluka just nk tulis ttg kueh kesayangan hati a.k.a Cokodok yg peluka rasakan begitu banyak nostagia bersama kueh ini , yelah peluka kan org kampung so da jadi seperti kewajibpan utk bersarapan atau makan petang bersama Cokodok dan kopi’ O panas.

Kueh yg sinonim dgn buah pisang ini seperti satu kemestian utk para pengemarnya utk menikmati nya diman-mana saja , sbb itu sekarang ini kueh ini telah dikormerselkan (sudah dijual ditepi2 jalan dan pasar2 malam) secara tak langsung kueh ni da jadi femes termasuk di bandar2…(yg tk reti buat boleh beli aje dan makan hehehehhe).

Tapi bila kita makan rasanya sgt berbeza dari buatan ibu2 kita dirumah yg sgt lembut dan sedap seperti ada resepi rahsia yg tersembunyi disebalik masakan ibu (mungkin ibu kita memasak kueh ini dgn kasih sayang sbb tu sedap sgt hehehehhe) , berbeza dgn kueh yg dibeli agak keras dan besar (boleh terlekat kalau mkn secara gelojoh hahahaha ) , peluka rasa mungkin mereka byk mengunakan tepung dan hanya sedikit gunakan pisang dan sedikit serbuk penaik (sbb tu kueh diorang sihat2 belaka huahuahuahua) , apa pun cokodok ttp menjadi pilihan hati.

Kueh yg tk lekang dek hujan dan tk hilang dek zaman ini mmg ada peminatnya tersendiri , cokodok seperti sebahagian dari kisah hidup kita , walau pun di makan masa tapi cokodok ttp begitu , ttp asli dan mengerkalkan ciri2 asal kueh itu , tidakk seperti burger , nuget dan makanan ringan dari luar yg sering bertukar2 resepi dan penyediaanya seperti tiada identiti dan perisip , biarlah cokodok dikatakan comot , berminyak dan old school tapi pada hakikatnya cokodok adalah kueh yg mempunyai jati diri yg tinggi heheheheheh , peluka bangga dgn cokodok ni sebenarnya… bak kata org lama “tiada yg lama tiada yg baru” selamat menikmati cokodok kueh tradisi yg reliven sepanjang zaman 

Wednesday, March 23, 2011

Earth Hour , Sabtu , 26 Mac 2011 , 8.30 Malam



Pernah ada yang bertanya, apalah faedahnya menutup lampu pada waktu malam selama 60 minit dan apalah sangat manfaatnya kepada kepada alam sekitar kita? Jika persoalan sebegini mengapungi pemikiran kita, ternyata kita silap.

Bumi diancam pemanasan global. Itu fakta.

Memadamkan lampu dalam tempoh masa 60 minit kesannya sedikit cuma kepada alam. Itu bukan pokok pangkalnya.

Mungkin anda tidak tahu, gas bumi seperti karbon dioksida (C02) sebenarnya penyumbang utama kepada pemanasan global.

Dengan mematikan lampu selama satu jam secara bersamaaan, bererti kita berjaya menjimatkan 267.3 tan karbon dioksida, dan menjimatkan lebih dari 267 pokok kerana 1 pokok mampu menyerap 1 tan CO2 dalam 20 tahun masa hayatnya.

Dan yang lebih penting, bergelap selama 60 minit bermaksud kita peka kepada alam. 60 minit itu sahaja untuk kita tunjukkan keprihatinan kita kepada isu alam sekitar. Tak guna kita berpong-pang pong pang tetapi akhirnya, zero actions.

Itu lebih baik daripada 60 minit kita bercanda bersama kawan, ber-FB, mengumpat, clubbing segala. Bergelap selama 60 minit itu mungkin sahaja lebih baik.

Untuk maklumat lanjut tentang Earth Hour, sila ke sini.
Allah telah lama memberikan amaran kepada manusia tentang akan musnahnya alam suatu hari nanti. Perhatikan firman Allah dalam ayat 8-10 surah al-Mursalat :

فَإِذَا النُّجُومُ طُمِسَتْ وَإِذَا السَّمَاءُ فُرِجَتْ وَإِذَا الْجِبَالُ نُسِفَتْ

Maksudnya : Oleh itu, apabila bintang-bintang (binasa dan) hilang lenyap; Dan apabila langit terbelah; Dan apabila gunung-ganang hancur lebur berterbangan

Hayat Bumi yang merupakan anugerah terindah daripada Allah ini semuanya terletak di tangan manusia!

Justeru, saya dengan bangganya menyokong Earth Hour 2011!

Tuesday, March 22, 2011

Nikmat Secawan Teh Tarik...



Salam…teh tarik mmg minuman yg tk perlu lagi diperkenalkan , pluka rasa semua org tahu dari warung kecil hingga ke restoran mamak dan hotel mmg menjadi pilihan kita , boleh dikatakan ia minuman tradisi dan jadi kegemaran dari anak remaja hingga ke peringkat dewasa …

Melayu , Cina dan India semua kenal dan tk terlalu pelik klau pluka katakan teh tarik umpama tanda 1 Malaysia.

Serbuk teh , susu pekat , gula antara bahan2nya yg mehasilkan nikmat yg sukar digambarkan dgn kata2 , ada yg kata minuman ni mcm berhantu ye la boleh ketagih klau tk minum dalam sehari mesti kena sekurang2nya secawan.

Dekat kedai mamak lagilah pemes tmbah2 time tgk bola kene 2 3 gelas pun masih belum puas , tambah plak ada pasanganya iaitu roti canai fuhh mmg terbaik hehehehhe…

Apa pun dalam kesedapan kita menghirup teh tarik perlu peluka ingatkan disini kesan2nya … utk mereka yg ada kencing manis harus awas dengan kemanisan dalam secawan teh tarik , yg ada sakit jantung harus tahu kesan susu pekat yg sgt manis serta berlemak yg sgt tidak baik terutama kpada mereka yg menghidapi masalah jantung dan kelestrol tinggi…kepada mereka yg ada penyakit angin pun harus berhati-hati kerana teh akan memberi kesan kepada anda , ada juga peluka dgr pengemar minuman ini berisiko utk mendapat angin akhmar atau strok …

Biar pun bermacam2 yg peluka dgr ttg minuman ini tapi bagi pengemar teh tarik ia tk pernah jadi batu penghalang…bagi peluka dalam kita menikmati keenakan nya harus juga beringat pada kesan dan akibatnya 

Sunday, March 20, 2011

SATIO VS N70...


ini handphone sony ericcsson Satio...function dia ok la ada magic touch , WIFI ,GPS dan banyak lagi ...tp sejujurnya peluka lebih sukakan Handphone lama peluka yg kat bawah ni....bak kata orang tak lapok dek zaman ....hehehe



ni la dia ...walau agak old school ... tp tetap d hati :)...

Friday, March 18, 2011

Bumi


Salam…Pluka nk taip ttg bumi…tempat tinggal kita juga seluruh penghuni alam Kita berjln , tinggal , lepak , berlari dan buat byk aktiviti diatas badannya Nasib bumi tk bleh bercakap klau tidak da habis kita kene sound hehehehhe tk Mne nye , mcm2 bende kita buat di atas die , rumah , siap ada mcm2 saiz kaya Yg besar le rumah die bina , yg susah buat pondok aje , ade plak yg bina Kilang besar2 mmg jadi jutawan la ,tapi sisa2 bahan buangan kilang byk yg buang Tk kira tmpat (atas bumi jgak kan ahak ) , dlm byk hal bumi jadi mangsa …


Brape umo bumi ?? mesti da berabad kan , da tua gila da bumi ni , tapi kesian Tk ramai peduli dan nak jaga die , bila ada kempen global warming kene tutup lampu Selama 1 jam itu pun ramai yg komplen n tk buat , padahal setahun sekali aje huhuhuu Beg plastik , botol , jgn harap la nk kitar semula (termasuk aku) , tapi selepas tgk Bencana alam yg makin menjadi2 , takut pun ada , mungkin kah semua ni angkara Tgn kita sendiri?? Tuhan da bagi kita tempat tinggal tapi kita gagal menjalankan Amanah utk menjaga bumi ini , ialah kitakan khalifah kat muka bumi ni hmmm… ya Allah ampunkan kami ….


Peluka pun malas nk taip panjang2 sbb semuanya kena kat batang hidung sendiri Apa yg penting kesedaran , kita belum terlambat utk berubah , tapi bende ni Bukan kerja sorang , semua kene berubah baru ada hasil , pakat2 kita kurangkan Pengunaan beg plastik , cuba cari info utk faham dgn lebih lanjut ttg apa yg patut Kita buat (kene buat ni wey jgn tau online FB je kekekkekek) dan bila da faham Kene la buat , jgn faham aje tapi tk buat ampeh jekk hehehehheheh , moga2 Generasi akan datang pun dapat menikmati kedamaian hari ini (kita nk pakai Lama2 bumi ni kene ingat tu) , moga2 kita jadi makhluk yg bersyukur …amin… Ok lah tc All….peace for “bumi” 

Monday, March 14, 2011

Tsunami Bertandang Lagi.




Datangnya penuh misteri…
Sekadar boleh diramal…
Tiada yg pasti…
Datangnya seperti membawa perutusan…
Dari pemilik alam dan sekelianya…
Menjadi pesanan bagi yg memahami…
Bukan sekadar air mata yg mengalir ke bumi…


Datangnya bersama gempa bumi yg kuat…
Seperti adanya kemurkaan bersamanya…
Rumah , kereta , nyawa dibawanya …
Sekelip mata semuanya berubah …
Air yg dulunya tenang kini seperti meradang…
Bumi bergegar seperti menhalau penghuninya…
Mata hanya mampu menjadi saksi…
Apa yg terjadi itulah namanya bukti…
Bukti kekuasaan Allah yg Maha Tinggi…

Aku hanya mampu menadah tgn …
Agar kita sekelian diberi perlindungan…
 Seraya diampunkan dosa dan kesalahan…
Dosa2 kita yg bergelar insan…
Mari kita semua jadikan ia 1 pengajaran…
Kemurkaan Allah bukan mainan…
Dia berhak melakukan sedemikian…
Hanya simpati Dia kita harapkan…
Moga dapat terus bertapak di bumi Tuhan…
Amin… 

Sunday, March 13, 2011

Akhil Hayy - Berita Kepada Kawan



Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan

Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan
Tubuh ku terguncang di hempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan

Perjalan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih
Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya Mengapa?


Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini
Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari

Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit
Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang

Thursday, March 10, 2011

Pedang Baginda S.A.W

Bila pluka belek2 gambar pedang Rasullullah ni berbagai perasaan dan persoalan timbul , kesayuan serta kerinduan mmg tk dapat dibendung lagi , enam buah pedang Nabi Muhammad SAW yang biasanya dipakai dalam peperangan, dipamerkan di convention hall Sun City Sidoarjo.

Diantara pedang senjata peninggalan Nabi itu, Dzu Al Faqar, Al Qadib, Al Rasub, Al Battar, Al Ma'thur dan Al Qol'i. Selain pedang Nabi, busur panah, font print atau jejak telapak Nabi Muhammad dari masjid Al Aqsa juga ikut dipamerkan.

 apa yg dari peluka tahu , ini diantara  pedang-pedang Nabi yang digunakan dalam peperangan dalam menegakkan keadilan pada masa hidup Nabi.

"Jumlah pedang Nabi yang masih tersimpan di istana Topkapi Istambul Turki, berjumlah 9 buah, beserta barang peninggalan Nabi lainnya. Semuanya masih tersimpan rapi dan terjaga…


(pedang2 ini menjadi saksi kekuatan islam , kasih sayang Rasullullah serta kepayahan yg ditempuh Baginda S.A.W semasa hayatnya , untuk membawa sinar islam serta rahmat kepada kita umatnya , kadang kala peperangan tidak dapat dielakan terutama ketika bertemu dengan musuh yg tidak boleh dibawa berbincang secara lisan…ternyata Rasullullah seorang yg gagah  serta sgt berani…SUBAHANNALLAH…Allahumasoli a’la Muhammad)

Mentari Mengundurkan Diri…

Bila time petang aku suka tgk matahari ….
Bagi aku ia 1 keajaiban alam yg kita boleh nampak….
 Matahari yg setia pada Tuanya …
Tk pernah lupa utk pulang bila tiba masanya….
Bila renung warnanya yg merah keredupan…
Sgt mempersonakan seperti dipukaw dgn kedamaianya…
Bahangnya yg sesekali bercampur dengan angin petang…
Membuat aku terlupa untuk pulang dibuatnya…

Matahari penuh misteri …
Berapakah umurnya?? Berabad? Berkurun? …
Tapi still maintain seperti dulu jua…
Aku pasti matahari menyimpan byk rahsia…
Byk telatah sudah dilihatnya hmm …
Byk kesedihan , kegembiraan dan pesenketaan…
Juga kehancuran akibat tangan sendiri…
Ia menjadi saksi atas apa yg terjadi…

Wednesday, March 9, 2011

Jangan Takut Untuk Mengaum !!!


Wahai Harimau yg berdarah pejuang…
Semangat laksana pahlawan tk pernah kurang..
Biar muda tapi tk goyang…
Walau pun jatuh tk akan mengerang…
Ketika bertarung di gelanggang orang …
Jgn malu utk menerkam peluang yg terhidang…
Jikalau engkau lambat kau sendiri akan dibaham…
Biar putih tulang jgn putih mata….

Wahai Harimau yg berbaju negara…
Jgn fikir kalah juga terlalu alpa..
Lakukan dengan cara mu …
Kerna diatas padang tiada kemenangan…  
Sebelum wisel ditiupkan…
Klau engkau terjatuh cepat2 lah bangun…
Jgn mengelamun sambil termanggu…
Kelak harapan tinggal harapan…

Walau apa pun keputusanya nanti..
Berjuanglah dulu sepenuh hati…
Jgn diharap kemenangan datang mencari ..
Kerana kemenangan berhak dimiliki…
Oleh mereka yg bertarung sepenuh jiwa…
Bukan yg bersambil lewa..
Jgn takut utk mengaum…
Demi negara tumpah darah ku !!!!

Tuesday, March 8, 2011

Melakar Rindu

Terlalu singkat hubungan ini
Belum pun sempat melakar rindu
Baru semalam mimpi dicipta
Mengapa mendung melanda sukma

Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya

Entah mengapa hati bertanya
Mengapa kasih terlerai kini
Ku tak salahkan dirimu sayang
Lantaran takdir sudah tersurat

Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya

Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya
Punahlah jua kini akhirnya


Monday, March 7, 2011

Mimpi Yang Hadir.....

Selepas terjaga  dari tidur termanggu seketika …
Mengenang apa mimpi yang di alami semalam …
Mimpi menjadi kaya ? atau mimpi yang kelam Cuma …
Tak banyak yang dapat di ingat…
Biarkan mimpi itu pergi bersama misteri …
Namun mimpi memang teman yang sejati…
Datangnya tidak perlu diundang …
Perginya tidak perlu diusir …

Ada kalanya mimpi bagai ingin memberi tahu sesuatu…
Sesuatu yang aku sukar untuk mengerti…
Jika mimpi sekadar mainan …
Mengapa aku rasa semuanya benar belaka …
Walau sekadar mimpi ada waktunya aku rasa gembira …
Kerana impian ku hampir tertunai di situ …
Kadang2 rialiti dan fantasi boleh bertemu …
Di alam mimpi lah mereka bersatu…

Walau mimpi yang indah dan sempurna tak selalu hadir …
Tapi mimpi yang datang semuanya istimewa …
Bagiku mimpi ada berbagai wajah …
Wajah yang memberi inspirasi …
Buat mereka yang mahu berfikir …
Biarkan mimpi dengan rahsianya …
Terus berkunjung datang dengan pelbagai cerita …
Teima kasih mimpi … malam ini bertemu lagi … J

Saturday, March 5, 2011

Mencari Sinar...

Salam….
Bila melihat matahari , apa yang selalu kita harapkan ialah cahayanya , kerana dengan cahaya nya kita banyak dapat maanfaat dari urusan harian hingga sebesar-sebesar urusan seperti pengurusan sumber tenaga solar dan sebagainya , boleh dikatakan matahari juga rahmat untuk manusia yang memberi kecerahan dengan cahayanya di siang hari …subahanallah

Begitu juga dengan agama islam yang junjungan mulia kita Nabi Muhammad S.A.W bawa kepada kita , terutamanya untuk kita umat akhir zaman , yang merupakan nikmat terbesar yang Allah kurnia kan kepada kita , cuba kita bayangkan kalau kita di lahirkan di Amarika Syarikat dan bukan dari keluarga islam , sudah pasti sukar kita mendapat nikmat islam ini , tapi syukur kita di lahirkan di Malaysia sebuah negara islam yang mana agama rasmi nya juga islam dan di lahir juga di dalam keluarga islam , kita patut betul-betul bersyukur dengan nikmat ini … alhamdullilah

Tapi apa yang terjadi hari ini memang sangat merisau kan  peluka , anak-anak muda islam lebih cenderong kepada cara hidup barat , kalau sekadar muzik peluka rasa tidak ada masalah tapi apa yang peluka nampak sekarang ini lebih dari sekadar muzik hingga kan kehidupan harian , cara pemakaian , kefahaman seperti Black Metal , Skinhead , Punk ,Emo , dan banyak lagi , mula mengalir dalam kehidupan seharian mereka , mereka begitu bebas melakukan segala aktiviti tanpa segan silu , peluka tahu negara kita negara bebas tapi kena juga ada tahapnya , yang paling peluka risau kan adakah mereka tahu dan faham apa yang mereka lakukan ? adakah mereka pasti apa yang mereka lakukan tidak bercanggah dari sudut syarak ? adakah mereka sedar kesannya kepada diri mereka mahupun keluarga , masyarakat dan masa hadapan negara ? moga-moga mereka fahami apa yang mereka lakukan , itu lah harapan peluka …

Peluka kekadang tersenyum sendiri , peluka sedar peluka sendiri pun bukan sempurna , tetapi bagi peluka apa yang terjadi hari ini bukan soal individu tapi lebih kepada soal keseluruhan masyarakat dan juga masa hadapan negara dan yang lebih penting bangsa dan agama itu sendiri , jadi kerna itu lah peluka bersuara dengan cara sendiri dan termampu , yang memberi hidayah itu kerja Allah , peluka hanya mampu menegur apa yang termampu , ada golongan yang dia membuat kesalahan dan dia berbangga dengan kesalahan nya itu , tidak kah sepatutnya kita harus malu dengan kesalahan kita sendiri ?.Tapi sebaliknya pula yang berlaku…

Apa yang boleh peluka rumuskan dari sudut peluka yang serba lemah ini ialah , kita harusMENCARI CAHAYA  ‘ kita harus pulang ke pangkal jalan , pegang kuat-kuat SUNNAH Hadis dan Al-quran  , jangan malu dan takut untuk kembali kepada Allah kerana pengampunan Allah itu lebih besar dari segalanya , lakukan solat taubat , lakukan kembali semua kewajipan yang sesalu tertiggal seperti sembahyang dan segalanya banyakkan berdoa dan memohon hidayah serta rahmat dari Allah  , peluka doakan kita semua mudah-mudahan ditunjukkan jalan yang benar dan di tempat kan ditempat yang sebaik-baiknya kita diami yakni Syurga Yang Kekal Abadi …amin...wahuallahualam (peluka menulis sekadar untuk renungan mohon maaf salah dan silap , yang baik itu dari Allah  dan yang lemah itu adalah dari peluka sendiri )

Thursday, March 3, 2011

Hikmah Sebalik Sesuatu…

Salam…
Seperti hujan yg turun di bumi ciptaan Allah ini begitu juga dengan ujian yg akan hadir pada setiap insan tanpa mengira jantina , usia atau siapa saja , ujian umpama teman yg akrab yg akan hadir silih berganti kepada kita mengikut kehendak Allah , ujian yg turun kepada seseorg individu itu selalunya berlainan dan berbeza , ada yg diuji dengan sakit yg berpanjangan , kesusahan , kesempitan juga kekayaan.
Yg pastinya Allah menguji hambanya berdasarkan kemampuan imanya dan Allah tidak pernah sesekali menzalimi hambanya.
Apa yg berlaku pasti ada hikmahnya , Allah tkkn jadikan 1 itu tanpa sebab , Rasullulah mengajar kita utk menerima segala ujian atau mussibbah dengan melakukan 3 perkara agar memperoleh kebaikan dari ujian itu , 1-mengucapkan ungkapan ‘INNALILAH HIWAINNALILAHIROJI’UN’. 2-MEMOHON PADA ALLAH AGAR MENGURNIAKAN ATAU MEMBERIKAN PAHALA DI ATAS UJIAN TADI. 3-MEMOHON PADA ALLAH AGAR DIBERIKAN KEBAIKAN ATAU DIGANTI SESUATU ITU DENGAN YG LEBIH BAIK  (seperti contoh::jika sakit mohon disembuhkan).
Dari apa yg peluka lihat dan lalui sendiri , setiap ujian yg hadir pada kita sebenarnya ada juga membawa kebaikan pada kita disebalik kesukaran yg dilalui , seperti contoh bila seseorang itu sakit atau dalam kesusahan , dia akan selalu memohon , berdo’a dan berharap bantuan dari Allah , secara tidak langsung dia sgt dekat dengan Allah sebenarnya , jika seseorang tu diuji dengan penyakit yg berpanjangan atau sebagainya dia akan mendapat kifarah (pengampunan) sekiranya bersabar dan redha dengan apa yg diterima…wallahualam…
Peluka sangat bersetuju jika ada yg berkata bila kita diuji itu tandanya Allah sayang pada kita , Cuma peluka juga mengakui bukan mudah menerima apatah lagi ia sesuatu yg tidak di ingini oleh hati seperti kehilangan orang tersayang dan sebagainya , namun sebagai hamba Allah kita harus redha dan pasrah sambil berdoa dan memohon agar Tuhan memberi kekuatan dan ketabahan bagi melalui segala ujian2 yg melanda , lakukan solat hajad atau berjumpa ustaz untuk meminta panduan atau pandangan bagi melalui tempoh2 yg sukar juga mungkin boleh membantu diwaktu diuji sebegini.
Apa yg peluka boleh simpulkan di sini , jangan la kecewa dan berputus asa dengan segala ujian Allah , kerana Dia lebih Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani , peluka letakan sedikit petikan dari Al-Quran mudah2an boleh memberi motivasi kepada kita semua… surah yusuf 12:87
"janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tidak lah org yg brputus asa daripada rahmat Allah melainkan org kafir"
  dan Allah berfirman yg bermaksud..: "Maka sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" ... Surah al-Inshirah 94:4-6…wallahualam (peluka tulis berdasarkan pengalaman dan apa yg dilihat , segala kelemahan datangnya dari pelluka sendiri dan yg baik itu dari Allah)

Wednesday, March 2, 2011

Kekecewaan & DejaVoo …


Salam…
 Peluka nak tulis tentang kekecewaan & DejaVoo , tajuk memang terbaik tapi bagi yang melaluinya pasti akan meninggal kan parut kelukaan di hati dan trauma di jiwa , kalau nak bercerita tentang kecewa rasanya smua insan bercinta prnah melaluinya tapi yang peluka nak cerita ni tentang kelukaan yang berulang-ulang  kali , cuba bayangkan atas alasan ‘kesetiaan’ ada insan sangup di tipu atau mengalami penderaan jiwa , atas sebab ‘sayang’ dia sangup diperlakukan perkara yang sama seperti penipuan , kecurangan dan perkosaan kesucian cinta itu sendiri , yang lebih menyedih kan apabila di tanya mengapa sangup diperlakukan sebegitu , jawabnya “saya x bleh hidup tanpa cinta atau belaian seseorang yang bernama kekasih !’’ , peluka x tahu la pula jika cinta itu bleh di andaikan seperti keperluan harian mcm nasi , pakaian dan tempat tinggal , tapi cuba la berfikir secara logik jika seseorang itu menyayangi , mengasihi dan mencintai diri anda takkan dia sangup melakukan , mengecewakan dan membunuh cinta anda dengan alasan yang sama berulangkali ?? lihat bagaimana kasih sayang seorang ibu atau ayah pada seorang anaknya , ini contoh cinta atau kasih yang suci (cinta ni subjektif ok) walaupun x semua ibu dan ayah di dunia ini mampu memberi kemewahan kepada anak2nya tapi peluka yakin mereka telah memberikan apa yang termampu yang mampu mereka berikan seperti cinta kasih sayang , pengorbanan yang tiada noktahnya dan perlindungan dan banyak lagi (kalau nk tulis 10 page pun tak cukup lagi rasa peluka) , kalau nak cerita kasih sayang Allah kepada hambanya , SubahannAllah lagi la hebat , ye la siang dan malam Allah tunggu kita untuk memberi keampunan dan tunaikan permintaan hamba-hamba-NYA , kita manusia ada juga time kita tidur tapi Allah tidak , setiap masa dia memerhati dan memerlihara kita wallahualam , banyak lagi contoh kalau kita nak sebut macam cinta Rasulullah kepada umatnya , sehingga ke akhir hayat masih menyebut dan mengingati kita ,  Allah huma soli’ala Muhammad...
Peluka bukan berniat nak cari salah sesiapa , sekadar menegur dan memperingatkan termasuk kepada diri peluka sendiri tentang kelemahan kita sebagai manusia biasa yang mudah hanyut dalam belaian cinta hingga kita karam ke lautan cinta nafsu atau sebagainya , ingatlah kita anak2 dan hamba kepada Allah ada tugas dan tanggung jawab lebih penting kepada ibu bapa , Agama dan Bangsa , kita semua akan dipersoalkan di depan Allah nanti , jangan biarkan CINTA YANG SEMANIS MADU BERUBAH MENJADI SEPAHIT HEMPEDU DAN AZAB YG PEDIH wallahualam…sebelum kita mencintai manusia belajarlah untuk mencintai Allah moga Rahmat dan hidayahnya sentiasa menyuluh kita di dunia hingga Akhirat sana…amin… J

Tuesday, March 1, 2011

Hati Yang Sayu…

Salam…
Hari ni pluka nk tulis ttg hati yg sayu (kire macam gerimis di hati la) ,pernah tak kita rasa sayu yg begitu menusuk hati tetapi kita sendiri tidak tahu mengapa , hingga ada  masanya selepas menitiskan air mata baru lah hadir perasaan tenang atau lapang hehehehe , pluka sendiri pun tak tahu nk cerita benda ini secara saintifik , tapi yg pasti siapa yg pernah melalui dia pasti akan mengerti…
Pluka tk rasa apa yg terjadi ni 1 penyakit , tapi pluka rasa ia lebih kepada ‘mood’ atau keadaan sekeliling yg mempengaruhi utk hadirnya perasaan yg sebegitu (tapi kalau ada yg kata itu sebab masalah hormon pun mungkin juga) buat masa ni ubat yg paling mujarab bagi pluka ialah  menitiskan air mata  atau berzikir (mendekatkan diri pada Allah) tapi kalau ada yg mengunakan teknik luahan kepada teman2 pun pluka rasa boleh juga Cuma yg jadi masalah selalunya bila dalam keadaan sayu kita sendiri tak tahu sebab apa jadi cmne kita nk luahkan , betul tak?  Perasaan sayu tu hadir seperti sembilu yg menusuk diruang hati yg paling dalam , bila setiap kali pluka didatangi oleh perasaan sayu ni pluka macam ada di dalam dunia yg tersendiri , walau dikelilingi dengan kawan2 dan gelak tawa tapi pluka rasa seperti begitu terasing , yela perasaan ini kita je rasa org lain tk rasa ape2  sebab tu pluka kata kita macam hidup dalam dunia yg sendiri dan begitu terasing (yg pastinya ini bukan sakit mental ok hehehhe )
Pluka teringat kata orang ‘hati adalah tempat dosa dan pahala bertarung’ jadi mungkin diwaktu tu ada pertarungan yg kuat sedang tercetus jadi hadirlah perasaan sayu ni (ini teori pluka ok) dan ada juga yg kata itu isyarat hati atau ‘gerak batin’ yang Allah kurniakan pada kita sebagai tanda sesuatu telah terjadi , tapi perkara ini sesiapa pun tk boleh mengesahkan kebenaranya sbb tiada bukti yg jelas jadi wallahualam. Apa yg pluka boleh katakan setiap yg terjadi mesti ada sebab dan hikmahnya , mungkin itu rahsia Allah , kita sebagai hamba tak smua perkara kita tahu dan ada sebahagiannya hanya Allah yg mengetahui.
Perasaan sayu ni sesuatu yg unik yg kalau kita fikir secara positif kita akan sedar ini juga sebagai tanda kekuasaan Allah , yela bukan stakat mencipta anggota badan yg sempurna tapi hati (organ dalaman) yg kita tk nampak dari segi zahirnya tapi tetap kita boleh rasa ‘iklim perubahan dalam hati yg kita panggil perasaan’ SUBAHANNALLAH…hebat kan ?? ok lah stakat ini saja nukilan pluka , nt bertemu lagi insyaAllah J

Saturday, February 26, 2011

Skor Yop Skor (Seladang Kembali Menganas)…

Salam….
Hari ni pluka nk tulis ttg Pasukan Perak yg kian ‘Menganas’ di Liga Super terutamanya , sejak Norizan Bakar mengambil alih dari juru latih sebelum ni ternyata hasilnya kian jelas kelihatan , kehadiran 2 penyerang handalan juga bekas penyerang Kebangsaan ini jelas menghadirkan ‘kegerunan’ dibahagian pertahanan pasukan lawan dengan berpewatakan ‘silent killers’ Akmal Rizal dan Syafiq Jamal ini menampakan keserasian disamping dibantu oleh barisan muda dan lama yg ada dalam Pasukan Perak membuatkan Pasukan Perak adalah pasukan yg patut diberikan perhatian walau pun baru di awal musim.
Dengan rekod 2 seri dan 3 kemenangan tanpa tewas mengukuhkan serta memberi keyakinan kepada pengendali serta penyokong bahawa ‘zaman kelam’ Pasukan Perak sudah berakhir , ternyata dengan masalah politik yg melanda negeri Perak sedikit sebanyak memberi kesan kepada pasukan Perak dan bahagian pengurusan dengan isu2 gaji tetungak dan perpindah secara besar2ran pemain yg selama ini menjadi ‘tulang belakang’ kepada pasukan Perak , membuatkan sang seladang berlari tempang , tapi itu cerita dulu , sekarang Seladang mula mengasah tanduknya dan sedia bertarung dengan mana2 pasukan. Ini terbukti dengan kemenangan 4-1 pasukan seladang ketika bertemu PDRM di Piala FA tmpoh hari dan menmontem itu diteruskan semalam dengan menundukan pasukan Tok Gajah di tempat lwn dengan jaringan 2-0 !!!! , selepas ini Perak di jadualkan bertemu Harimau Muda A pada hari Selasa ini yg akan disiarkan secara live di Astro Arena , para penyokong Perak dijemput utk hadir ke stadium bagi terus memberi semangat kepada pasukan kesayangan kita ini tidak lupa juga utk sama2 berdo’a agar Perak mampu melakarkan kejayaan yg lebih besar pada tahun ini dan seterusnya… amin… J
Peluka Akhiri blog ini dengan harapan agar pasukan perak tabah , cekal dan berdisiplin dalam memburu 3 Piala keagongan bola sepak Malaysia….SKOR YOP SKOR !!!!! kami sentiasa disamping mu J

Wednesday, February 23, 2011

Menanti Sebuah Keputusan..

Menanti Sebuah Keputusan...
hanya terjawab seketika nanti...
selepas wisel ditiupkan...
saat itulah menjadi tumpuan...

Menanti Sebuah Keputusan...
diwaktu segalanya belum bermula...
mmg sukar digambarkan dgn perasaan... 
bercampur baul diantara keyakinan dan impian...

Menanti Sebuah Keputusan...hanya doa mampu dilampirkan...
aku optimis smua akan ok... 
boleh la pakat2 ready bersorak HOOREYYY !!!..

Menanti Sebuah Keputusan...
moga HARIMAU MUDA mengaum girang...
cuma 1 harapan juga pesanan...
moga tk slalu 'Fly' di awang-awangan...

SMOGA APA YG DIHARAPKAN MENJADI KENYATAAN...
JGN LUPA TERUS BERDOA DAN MENYOKONG...
MALAYSIA TUMPAH DARAH KU !!!   

Tuesday, February 22, 2011

Harimau Muda vs Pakistan

 Hari rabu ni (esok) pasukan kesayangan kita akan bertemu dengan
Pakistan , biasanya pakistan ni famous hoki dan kriket jadi agak susah
untuk mengangakkekuatan pasukan diorang ni  , tapi tadi tengok dekat berita
penyerang utama dia terseliuh kaki masa dekat lapangan terbang (ada kemungkinan
ini petanda kurang baik untuk Pakistan tapi baik untuk kita hehe) , dengar kata diorang
ada buat buat latihan dengan pasukan thailand selama dua minggu , peluka pun tak sabar
nak tengok prestasi diorang , tapi dari segi cakap jurulatih dia diorang
optimis boleh makan Malaysia (nak gelak sikit ni kekekeke) bagus lah kalau ada
impian macam tu kan hua3
Bercerita tentang Harimau plak pluka sangat teruja utk melihat persembahan diorang
selepas berlatih d Slovakia (nak tgk jgk hasil nya kn hihihhi) dari segi persiapan
pluka rasa kita tiada masalah sbb utusan perlawanan d liga super memang terbaik
untuk pasukan kita ni  ,jurulatih Kim Swee juga dah beritahu akan mnyerang dan cuba
mencari sebayak gol yg boleh d tempat sendiri (ni yg x sabar nk tgk ni)
sjujur nya peluka sangat yakin dengan pasukan kita ada sekarang ni , walaupun
diorang masih muda tp diorang telah memiliki pengalaman yang boleh d katakan
sangat besar dengan bermain d Slovakia dan piala AFF tempoh hari  , Khairul Fahmi
masih memikul tugas sebagai penjaga gol di gawang kita , di harp semuanya berjalan dengan
baik dan tugas kita macam biasa BERI SOKONNGAN SEPENUH HATI DAN
BERDOA AGAR KEMENANGAN DAPAT D ZAHIR KAN PADA ESOK HARI ...AMIN

Thursday, February 3, 2011

Cinta...

tiada manusia yg tahu maksud CINTA yg sebenar...
tapi yg hairanya smua org ingin BERCINTA...
mungkin sbb ia sbahagian dari naluri kita...
tapi bagi pluka CINTA akan hadir bila tiba waktunya...
tk perlu terkejar2 sgt , da smpai masa datang la dia hehehehe...
hhmmm..tapi apa yg pluka lihat skrg ni , ramai org menggunakan
CINTA utk kepantingan sendiri , utk enjoy dan sbagainya...
hingga pluka sendiri pun sukar bezakan yg mana yg benar atau yg palsu...
adakah keluar sambil berpegangan tangan itu namanya CINTA???
melafaskan ucapan "I LOVE YOU" itu sebenrnya CINTA...???
bak lirik lagu kumpulan WING - MISTERI MIMPI SYAKILA...
"akupun tktahu wooo wooo hooo"  cantu la jawabnya huahuahuahuahuahuahuahua

CINTA ni sebenarnya sekadar permainan dunia...
yg paling kita takut , CINTA menjarakan kita dari mendekati ALLAH
ramai org sanggup melanggar hukum hakam serta syarak hanya kerana CINTA
kata org dunia pun boleh berperang kerana CINTA , tapi klau ini terjadi ternyata lah
CINTA yg kita miliki tu CINTA yg sesat , atau lebih tepat lagi manusia itu sendiri yg menyesatkan
CINTA nya , smua org ad akal yg Tuhan beri , gunakanlah sebaiknya dalam mencari ,  mentaksir
menjaga serta menilai CINTA dari sudut anda sendiri , ingatlah apa yg kita lakukan
di Dunia ini pasti akan di persoalkan oleh ALLAH di sana nanti , klau kebaikan yg kita cari
baik juga yg akan kita dapat begitu juga dgn sebaliknya , ingatlah ALLAH setiasa melihat tingkah laku kita
dan ada Malaikat yg mencatit baik dan buruknya , tidak akan sebesar zarah pun terlepas dari
pandangan ALLAH.......jgn jadikan NIKMAT berubah menjadi AZAB...
ingatlah CINTA itu suatu yg sepatutnya menjadi penawar utk insan yg mempunyai NALURI
YG SEMPURNA..................................................................
sebelum out pluka nk ucap thanks pada teman2 yg sudi Follow Peluka , tak lupa Cikgu MIEN yg beri tunjuk ajar ttg blog ni pada Peluka..juga pada my Arkitek iaitu My Adik Lady Daphne....kerana  merubah
Latar Belakang dan mcm2 lagi yg dia buat utk blog Peluka.... GOOD JOB MY DEAR!! :)
ok la...salam...

Wednesday, February 2, 2011

Si Ciko...

aku nk tulis hari ni pasal ciko monyet , kera yg aku jumpa minggu lepas...
time tu aku kluar dan secara tk sengaja teserempak dgn SEKUMPULAN
MONYET yg lintas jalan , pada awalnya aku ingat geng monyet ni da sesat
tapi bila aku tgk betul2 rupanya makhluk tu nk melintas jalan , mungkin
sbb nk behijrah atau nk cari makan , tapi apa ada hal jadi aku buat taktau je la
nk jadi cerita ntah apa tk kenanya mak si ciko ni mcm mabuk pun ada ...
pergi lintas tanpa melihat kiri dan kanan hahahhaha aku tgk ada benda terpelanting
di tepi jalan bende tu bergerak2 , rupanya itu anak monyet yg terpelangting akibat
ibunya dilanggar kereta , sadis juga la kan sbb benda ni jadi depan mata....
aku tk mak monyet tu da HABIS , yg lain2 smua da seberang jalan n tinggalkan
si ciko kat tepi jalan seberang sini...tah mcm mne aku bleh buat keputusan utk
ambil si ciko bawa balik , mungkin sebab ada prasaan kesian , ye la nama pun
MANUSIA klau tkde prasaan payah la huahuahuahua...
pada awalnya kopius gak aku ttg spesis makhluk ni sama ada monyet atau kera...
tapi kwan aku bagi tau yg ada ekor tu monyet yg tkde ekor tu kera ...
jadi aku ITIRAF BAHAWA MAKHLUK NI ADALAH MONYET...
si ciko tk brape suka pisang tapi die lebih suka isi kelapa muda...pandai memilih
juga makhluk ni kekekekeke tapi ok gak la sbb die comel dan byk aksi yg die
buat , kdg2 mcm sarkas pun ada kakakakak tapi kdg2 tension gak sbb die bising
mungkin sbb die rindu dkat ibu dia...aku dapat rasa prasaan tu walau aku bukan
spesis die hehehehehe hmm... harap die boleh bertahan dan terus hidup berdikari
sbb mustahil makhluk sekecil itu boleh bertahan jika tiada semangat...mungkin setakat
ini sahaja dulu...gong xi fa chai hahahahhahahahahha (agak2 ciko makan tk limau
mandarin) kekekeke  ...salam...

Seorang Diri Lagi...

selepas penat mencari cara untuk menulis post baru , akhirnya dapat jugak tulis...kekekekeke
time kasih kepada adinda mien kerna sudi memberi tunjuk ajar dgn kadar segera huahuahuahua..
sebenarnya peluka belum  selesa dengan blog ni sbb tu rasanya agak sukar utk masa ni...
sikit masa lagi ok la kot...hehehehe

seorg diri lagi..
aku kemari utk ke-2 kali...
byk benda harus dipelajari...
yg mne yg lemah harus diperbaiki...

seorg diri lagi...
seorg diri melayan perasaan..
tidak bersuara hanya berbahasa tangan...
menaip apa yg patut utk mengisi perenggan...

seorg diri lagi...
agak kelu utk meluah rasa...
mungkin blur sudah tiba...
tiba time mau ucap good bye saja...

SALAMAT MALAM... :)

Tuesday, February 1, 2011

Aku Pun Tak Tahu....

dgn kalimah bismillah hirohma nirohim...aku join blog ni dgn tktau ape nk buat sebenarnye...hmmm aku rasa mcm taip diari aje....haishhhh
aku datang sini..
tanpa sbb yg pasti ..
disini seperti tembok batu...
diam dan berdiri...

aku datang sini...
dgn niat mencari kawan...
jauh skali mencari lawan...
harap niat tak disalah ertikan...

aku datang sini...
harap pluka yg happy menanti...
klau tk happy pun aku tkkn kesali..
sbb aku da dtg sini... :)