:)

Followers

my playlist


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com



Wednesday, May 11, 2011

Cemburu Tanpa Sayang , Tapi Jangan Berlebihan

Dalam sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan.

Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan dalam hubungan.Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya.Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman.

Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang.Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas.Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan?Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup.Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.

Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat.Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya.Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi, apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan.

Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain.Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri. Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia:

* Jangan sesekali memungkiri janji.

* Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.

* Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.

* Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.

* Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.

* Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan.

CREDIT BY:TIPS CINTA

Tuesday, April 19, 2011

Cinta Si Peluka Hati…

Salam , hari ni peluka nk tulis ttg cinta , sesuatu yg sgt subjective dan peluka sedar ia tk semudah kita menyebutnya.

Setiap insan peluka percaya akan bertemu dgn cinta masing2 kerana ia adalah fitrah bagi setiap manusia , cinta tk pernah bersalah , meluka atau menipu sesiapa kekadang ramai org selalu menyalahkan cinta bila terjadinya perpisahan , sedangkan kadang2 faktor tidak keserasian dan sikap individu itu sendiri yg sebenarnya menghancurkan apa yg dipanggil cinta , tapi cinta tetap dipersalahkan , tk adilkan ?? dalam bab ni peluka rasa pemikiran kita harus diubah agar lebih positif utk menilai cinta dari sudut yg lebih jelas dan luas.

Peluka juga ada cinta dan juga pernah meluka walau tidak berniat begitu sebenarnya , bila berbual ttg isu perasaan ini mmg sukar sgt2 ye la bayangkan 2 jasad harus berkongsi 1 prasaan , klau tersilap pasti ada yg terguris dan terluka , kdg2 kita harus jadi org lain dan bukan diri sendiri utk menjaga hati sang kekasih dan bila fikir2 balik ia benar2 hepokrit , jadi dari terus menipu insan yg tersayang dan diri sendiri peluka ambil keputusan utk berpisah , meluka dan terluka mungkin itu yg peluka boleh gambarkan perasaan peluka diwaktu itu , diwaktu dia sedang membenci peluka dgn sepenuh hati dan peluka pula belum dapat lupakanya , mmg sakit sgt time tu….tapi cinta ni mcm magic kan walau sakit tapi ttp inginkanya heheehehe bak kata Tun Mahathir “perjuangan belum selesai” , begitulah ibarat cinta ada kalanya kita tewas dan ada kalanya kita akan dapat tawan hati dan perasaan tapi yg pastinya dalam cinta bukan menang atau kalah jadi taruhan , Cuma kekecewaan dan kebahagian jadi ukuran.

Benarlah kata orang kekecewaan adalah guru yg terbaik dalam mengajar dan mematangkan kita ttg cinta , peluka mula sedar yg peluka hanya manusia biasa yg tk dapat menilai dan mencari cinta dgn hanya mengunakan mata dan perasaan , jadi peluka serahkan segalanya pada Sang Pecinta kerana hanya dia Maha Mengetahui lagi Maha Mencintai , peluka panjatkan do’a dan harapan agar dipertemukan dgn seseorang yg mempunyai “hati nurani” , yg dapat jadikan teman buat menemani perjalanan kehidupan yg penuh ranjau ini huhuhuhu , kini peluka telah bertemu dan ternyatalah Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Menolong hambanya , walaupun dia tidaklah “sempurna” tpi dimata peluka dia adalah yg terbaik kerana dia sangggup berkongsi saat susah dan senang dan sentiasa menasihat peluka bila memerlukan , senang cerita peluka dapat 1 pakage kekasih , kawan dan sahabat , syukur alhamdullillah.

Apa yg peluka dapat simpulkan kekecewaan juga adalah 1 ujian atau dugaan kepada kita , menguji betapa cinta itu boleh melalaikan kita dari mengingati Allah atau membuat kita semakin dekat dan menjadi hamba yg bersyukur , cinta juga boleh merosakan kita jika kita begitu angkuh dgn kecantikan , rupa dan kebendaan yg kita miliki dan akhirnya kita akan menyesal kerana itu semua tk tahan lama melainkan Allah , formula yg paling mudah utk mencari ialah ikut apa yg telah ditetapkan seperti Agama , rupa , harta dan keturunan. Disamping berusaha mencari perlu juga perbanyakan do’a dan jgn ambil resiko dgn menerima sesiapa saja tanpa memilih dan berfikir , kita ada maruah dan harga diri oleh itu jgnlah jadi sebegitu murah , moga kita semua dipertemukan dgn insan yg melabuhkan cintanya kepada Allah… amin 

Saturday, April 9, 2011

Cara buat blog di blogspot

Mungkin ada diantara anda yang belum tahu tentang blog dan bertanya-tanya tentang blog, maka Maribinablog.blogspot.com akan mengulas sedikit tentang blog menurut apa yang Maribinablog.blogspot.com tahu.

Apa itu Blog ?

Blog ( singkatan dari Weblog) adalah sesuatu yang bersifat personal, iaitu lebih kepada diari dari pembina blog itu sendiri.

Blog dibina oleh designer blog agar mudah untuk diselanggara , jadi bagi anda yang masih kurang faham dengan bahasa code untuk membuat sebuah blog, kini ianya tidak lagi menjadi masalah. Apabila anda sudah boleh membuat sebuah account gmail di internet, maka dalam membuat blog pun ianya adalah mudah.


Cara membina blog

Seperti halnya e-mail, dalam membuat blog pun kita harus mempunyai sebuah account terlebih dahulu, oleh kerana itu sila daftarkan diri anda terlebih dahulu di free blog provider (penyedia hosting). Free blog provider banyak terdapat di internet dan yang popular pada hari ini adalah http://www.blogger.com dan http://www.wordpress.com

Dalam kesempatan kali ini Maribinablog.blogspot.com akan mengulas tentang cara pembinaan blog di http://www.blogger.com.

Setelah anda sudah mendaftar akaun di blogger.com, anda akan melihat gambar seperti gambar di atas. Perkara yang perlu anda lakukan ialah:

1. Klik tanda anak panah yang bertuliskan " CREATE A BLOG "

2. Daftar akaun blogger dengan alamat gmail anda.

3. Isi Blog Title dengan nama yang ingin anda gunakan. Sebagai contoh, bina blog mudah dengan blogspot.

4.Tulis alamat blog anda di ruangan Blog Adress (URL). Sebagai contoh, maribinablog.blogspot.com.

5. Isi dibahagian Word Verification dengan huruf yang diberi didalam gambar.

6. Seterusnya klik Continue.

7. Pilihlah template yang anda inginkan. Kemudian klik gambar anak panah yang bertuliskan Continue.

8. Setelah keluar tulisan Start Blogging, klik gambar tersebut. Anda kini sudah boleh mula menulis. Setelas selesai menulis, klik Publish Post.


Isi ( Content ) blog :

Bagi mereka yang baru mula membina blog, biasanya mereka keliru selepas mendaftarkan blog mereka. Apa yang harus di tulis dalam sebuah blog. Isi (content) dari sebuah blog tentu saja terserah kepada tuan blog itu sendiri, apakah yang mahu ditulis, perjalan hidup, teknik, tip, tutorial ataupun apa saja.

Credit:MARIBINABLOG

tips untuk memilih template blogspot

Dalam memilih template blog, kita perlu sedar, sesuaikah template yang di pilih itu dengan isi yang ingin kita sampaikan. Sebagai contoh, kita ingin menggunakan blog sebagai platform perniagaan atau business, template yang mungkin sesuai adalah template yang berstail elegant dan magazine. Mungkin sedikit janggal jika menggunakan theme yang gelap. First impression adalah satu aspek yang tidak boleh kita pandang ringan dan abaikan jika ingin menarik lebih ramai lagi visitors.

Begitulah juga dengan template blog yang berkategori personal yang biasanya dipilih berdasarkan minat, bermotif dan berbunga oleh pemilik blog tersebut.

Tips memilih template blogspot.

1.Template yang terbaik adalah template yang mesra SEO. Ini kerana template tersebut di bina khas yang bertujuan untuk mendapatkan rank yang baik dalam search engine dan friendly pada visitor. Biasanya, loading untuk template yang mesra SEO ini adalah sangat cepat.

2.Semasa kita melihat preview template yang handak di pilih itu, pastikan semasa proses loading template tersebut, bahagian post akan muncul dahulu dan di ikuti bahagian sidebar. Ini kerana, jika berlaku error pada widget di sidebar semasa proses loading, ia tidak akan mengganggu bahagian post.

3.Jika anda memilih untuk menggunakan template 3 colum, anda di cadangkan supaya menggunakan template yang mempunyai 2 sidebar yang di letak di sebelah kanan secara bersebelahan. Ini kerana, jika berlaku masalah ataupun error dari hosting widget-widget yang telah di pasang pada sidebar, ia tidak akan menggangu proses loading bahagian post.

4.Dari segi warna, putih adalah warna yang terbaik sekali. Putih dilihat lebih mesra dengan visitors. Jika anda ingin menggunakan warna yang gelap ataupun hitam, pastikan font adalah sesuai dan pastikan juga saiz dan jenis font tidak menyukarkan visitors untuk membacanya.

5.Pilih template yang kurang menggunakan image. Walaupun template yang menggunakan image Nampak lebih cantik dan menarik, tetapi ia mempunyai kelemahan dari segi loading. Biasanya image yang digunakan untuk template tersebut berformat png.

6.Pilih template yang kurang menggunakan javascript yang di host dari luar. Ini kerana, ia akan mengganggu proses loading blog kita jika terdapat masalah atau error yang berpunca dari hosting tersebut.

Credit:MARIBINABLOG

Friday, April 8, 2011

Sites terbaik untuk download template blog

Selain daripada template yang disediakan oleh blogger.com ataupun yang terdapat di Template Designer, anda juga boleh menggunakan template yang menarik dan percuma.

Jika anda ingin mendapatkan template-template blog yang menarik dan tidak tahu di mana untuk mendapatkannya, di bawah ini tersenarai 12 sites yang menyediakan template blog secara percuma. Anda boleh memilih template mana yang di rasakan menarik dan sesuai mengikut citarasa anda sendiri.


http://www.bietemplates.com

http://www.finalsense.com

http://btemplates.com

http://www.dantearaujo.net/search/label/Free%20Template

http://www.ourblogtemplates.com

http://www.mytemplatebox.com

http://www.forfreebloggertemplates.com

http://www.bloggertemplatesfree.com

http://www.eblogtemplates.com/templates/blogger-templates

http://www.deluxetemplates.net

http://www.bloggerblogtemplates.com

http://www.chethstudios.net/2009/01/roundup-of-best-blogger-templates.html

Tambahan:

http://www.bloggerstyles.com/

http://lenatoewsdesigns.blogspot.com/

http://www.bloggerthemes.net/

http://leelou-freelayouts.blogspot.com


credits:MARIBINABLOG


Wednesday, April 6, 2011

Duit Dan Manusia , Siapa Tuan Siapa Hamba ??

Salam, kata orang sbb duit ni adik beradik boleh bergaduh dan hilang saudara mara , mungkin 10sen tiada membawa apa2 erti kepada anda tetapi sebenarnya dari nilai 1sen duit itu sudah ada harganya , cuba bayangkan klau kita ada 99sen , walau ia sudah dekat dgn RM1 tetapi ia tidak akan menjadi RM1 selagi tidak ada 1sen yg bukan sekadar menjadi nilai tambah malah menukar dari sen menjadi RM.

Duit ini ada kuasanya , ada yg menilai sesebuah ekonomi atau individu itu dari harta atau duit yg dia ada , duit ini ciptaan manusia tetapi peranannya kadang kala membuat manusia itu sendiri hilang punca , peluka pernah dgr ada seseorang berkata “nyawa skrg ni da tkda harga , klau ada duit dunia pun kita boleh beli” , tapi peluka tknk komen ttg kuasa duit atau kepentinganya kepada org lain , sbb peluka sendiri mengaku utk dunia hari ni duit mmg 1 keperluan utk semua org termasuk peluka , nk masuk tandas awam pun kene bayar kan , tkde yg free skrg ni hehehehe , tapi apa yg peluka risau kan bila kita tidak tahu bezakan keperluan dan keinginan sehingga duit menjadi segala2nya utk kita , duit da jadi seperti “Tuan” kepada kita , sehinggakan kita terlupa asal duit itu kitalah tuannya (ye la kita yg buat die kan) , duit seperti “nyawa” kepada kita , ada duit kita bahagia , tkde duit kita tkbleh hidup , (benda ni sgt subjektif , masing2 ada pndapat sendiri , klau tersalah tafsir nt ada yg marah hehehe). Moga kita tau beza kan ttg perkara ni.

Peluka tgk kdg2 ada org yg kaya byk duit tapi tk senang mne pun , malah ada jugak yg peluka tgk hancur sbb duit , ye la mak bapak byk duit anak mintak apepun bagi je , enjoy punya enjoy “dunia ana yg punya ” last2 kali dgn die dan duit2 skali hancur , kita kena ingat duit boleh cari tapi kehidupan kita , ksempatan dan ahli keluarga itu adalah rahmat dan amanah dari Allah , kena jaga dan berhati2 dgn kuasa duit , bila peluka fikir2 balik antara ujian yg paling hbat Allah beri ialah nikmat menjadi kaya , kerana kita mudah lupa dan lalai bila diuji begini , berbeza diuji dgn miskin dan sakit , selalunya kita akan mudah ingat dan mohon simpati pada Allah… wallahualam.

Apa yg pluka boleh simpulkan disini , kita sebagai manusia mmg perlukan duit tetapi jgn sampai duit menguasai kita , org islam perlu jadi bangsa yg kuat dan berdaya saing bagi mengangkat maruah agama , yg berduit jgn jadi buta kernanya , malah boleh membantu golongan yg memerlukan dgn cara bersedekah , bayar zakat , wakaf dan sbagainya , dan “kesederhanaan” dalam hidup adalah yg paling penting bagi pluka , sbb Rasullullah pun mengamalkan kesederhanaan dalam hidup , jadi boleh lah kita menjadikan Baginda S.A.W sebagai contoh dlm kehidupan kita , moga kita semua tidak terleka dan terpuukau dgn kuasa duit , kerana tiada apa benda di dunia ini yg kekal termasuk duit melainkan Allah …wallahualam.
p/s : semua yg baik itu dari Allah , dan yg lemah dan silap itu dari diri peluka sendiri .. :)


Thursday, March 31, 2011

AF9 AF terakhir.....

AF kini mnjelma lg , tahun lepas SHAHIR berjaya bagi meneruskan legasi juara2 yg lpas sperti mawi , stacy ,hafiz dan lain2 , itu cerita AF yg lpas2 . AF kali ini muncul dgn repotasi yg lebih besar dgn tenaga pengajar yg baru sperti Ning Baizura juga kembalinya cikgu SAFII dan cikgu Arep , namun kata orang apalah AF tanpa gimik yg memang lumrah dan dinanti2 oleh semua peminat AF , yg pastinya AF kali ini yg di gembar-gembur kan sbagai ‘AF yg terakhir’ pasti menjanjikan sesuatu yg luar biasa dan gimik yg pasti meninggalkan kenangan yg indah dan mendalam buat peminat2 AF . Kehadiran Adlin sebagai guru lakonan mmng 1 prkara yg boleh kita panggil gimik yg pling besar yg dibuat oleh pihak AF sndiri biar pun AF belum pun bermula , mana taknya dgn repotasi seorang pengkritik yg hebat dgn bahasa2 yg mmbuat hati sesiapa saja jd agak kelakar dan kdang2 marah (pluka nak tgk sangat apa si adlin ni boleh buat utk AF kali ini ataupun dia hanya sekadar pandai bercakap dan mengkritik ahaks).

Walau pun AF hanya akan bermula pada sabtu ini namun demam AF sudah melanda , peluka percaya ramai merindukan aksi kamera yg boleh bergerak kadang2 boleh bercakap dan gelagat peserta yg pasti byk mengundang cakap2 belakang khususnya pada mereka yg melihat diari AF (dikarpet @15 dan di fesbok mmg topik panas ni kekekeke) , tapi bagi peluka sendiri peluka lebih menantikan pengumuman pengecara dan yg lebih dari itu ialah teka teki siapa pengetua AF ini , Ahmad Dani ??? Siti Nurhaliza ??? peluka betul2 no idea , jadi kita tunggu pada hari sabtu ini senang cerita hehehehe.

Ada beberapa prsoalan dan teori yg brmain di fikiran peluka , antaranya ialah benarkah Adlin di jadikan sbagai tenaga pengajar AF kali ini agar tidak ada lg kritikkan yg hebat utk AF terakhir kali ini ?? dan benarkah Pak Nil dipanggil utk mengecara semula agar dapat menarik penonton2 AF yg saban tahun agak semakin berkurangan ?? itu mungkin soalan dari kotak pemikiran peluka sebagai salah seorang penonton AF (yelah klau x tgk AF pun bil astro kna bayar jugak ahaks) , apapun AF akan terus hadir dgn segala gimik sama ada utk buat kita ketawa , tersenyum atau menangis , umur 9 tahun bagi sebuah siri realiti tv boleh la dianggap telah matang dan ada repotasi yg besar , dan ia sudah pasti merujuk kepada AF sendiri ….

AF belum bermula kita hanya mampu meramal dlm kesamaran , apapun bagi peluka sendiri memang ada perasaan seperti kecewa bila dapat tahu ini adalah AF yg terakhir , walaupun mungkin AF tidak dapat melahirkan bintang bertaraf dunia tp setidak tidaknya AF berjaya membuat kita rasa hepy dan sdikit teruja bila menontonnya ….. ALL THE BEST FOR FINAL AF… 