:)

Followers

my playlist


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com



Thursday, March 31, 2011

AF9 AF terakhir.....

AF kini mnjelma lg , tahun lepas SHAHIR berjaya bagi meneruskan legasi juara2 yg lpas sperti mawi , stacy ,hafiz dan lain2 , itu cerita AF yg lpas2 . AF kali ini muncul dgn repotasi yg lebih besar dgn tenaga pengajar yg baru sperti Ning Baizura juga kembalinya cikgu SAFII dan cikgu Arep , namun kata orang apalah AF tanpa gimik yg memang lumrah dan dinanti2 oleh semua peminat AF , yg pastinya AF kali ini yg di gembar-gembur kan sbagai ‘AF yg terakhir’ pasti menjanjikan sesuatu yg luar biasa dan gimik yg pasti meninggalkan kenangan yg indah dan mendalam buat peminat2 AF . Kehadiran Adlin sebagai guru lakonan mmng 1 prkara yg boleh kita panggil gimik yg pling besar yg dibuat oleh pihak AF sndiri biar pun AF belum pun bermula , mana taknya dgn repotasi seorang pengkritik yg hebat dgn bahasa2 yg mmbuat hati sesiapa saja jd agak kelakar dan kdang2 marah (pluka nak tgk sangat apa si adlin ni boleh buat utk AF kali ini ataupun dia hanya sekadar pandai bercakap dan mengkritik ahaks).

Walau pun AF hanya akan bermula pada sabtu ini namun demam AF sudah melanda , peluka percaya ramai merindukan aksi kamera yg boleh bergerak kadang2 boleh bercakap dan gelagat peserta yg pasti byk mengundang cakap2 belakang khususnya pada mereka yg melihat diari AF (dikarpet @15 dan di fesbok mmg topik panas ni kekekeke) , tapi bagi peluka sendiri peluka lebih menantikan pengumuman pengecara dan yg lebih dari itu ialah teka teki siapa pengetua AF ini , Ahmad Dani ??? Siti Nurhaliza ??? peluka betul2 no idea , jadi kita tunggu pada hari sabtu ini senang cerita hehehehe.

Ada beberapa prsoalan dan teori yg brmain di fikiran peluka , antaranya ialah benarkah Adlin di jadikan sbagai tenaga pengajar AF kali ini agar tidak ada lg kritikkan yg hebat utk AF terakhir kali ini ?? dan benarkah Pak Nil dipanggil utk mengecara semula agar dapat menarik penonton2 AF yg saban tahun agak semakin berkurangan ?? itu mungkin soalan dari kotak pemikiran peluka sebagai salah seorang penonton AF (yelah klau x tgk AF pun bil astro kna bayar jugak ahaks) , apapun AF akan terus hadir dgn segala gimik sama ada utk buat kita ketawa , tersenyum atau menangis , umur 9 tahun bagi sebuah siri realiti tv boleh la dianggap telah matang dan ada repotasi yg besar , dan ia sudah pasti merujuk kepada AF sendiri ….

AF belum bermula kita hanya mampu meramal dlm kesamaran , apapun bagi peluka sendiri memang ada perasaan seperti kecewa bila dapat tahu ini adalah AF yg terakhir , walaupun mungkin AF tidak dapat melahirkan bintang bertaraf dunia tp setidak tidaknya AF berjaya membuat kita rasa hepy dan sdikit teruja bila menontonnya ….. ALL THE BEST FOR FINAL AF… 

Monday, March 28, 2011

Gasing (Nostagia Peluka Hati)

Salam , harini peluka nk taip ttg “Gasing” permainan peluka bersama teman2 sekampung di suatu masa time kanak2 , gasing adalah permainan yg penuh kisah dan kenangan bersama kawan2 , gasing diperbuat dari kayu , paku , seutas tali guni dan 1 penutup botol minuman , gasing boleh dimainkan secara berkumpulan yg dipanggil gasing pangkah , 1 bulatan harus dibuat dan pemain2 harus melakukan ‘jep’ utk menentukan gasing siapa yg harus diletakan dalam bulatan utk dipangkah oleh pemain2 lain (itu serba sedikit ttg asas permainan gasing)

Tapi gasing peluka agak special sedikit hehehehe sbb peluka tidak beli di kedai tetapi sebaliknya menempah dari seorang pak cik yg menghasilkan gasing itu dgn buatan tangan dan menggunakan kayu dari dahan jambu (tak kisah la jambu batu ke jambu air) kerana disamping gasing itu akan agak besar dari saiznya dari gasing biasa , gasing buatan tangan juga akan menghasilkan bunyi berdengung yg sgt hebat (hanya sesiapa yg main gasing saja tahu hebat cmne hehehe) , peluka juga telah melakukan ubah suai dgn menukat paku yg lebih besar siap diasah tajam (ni kalau kawan2 tgk mmg menghadirkan gerun punya…hikkk ) , mmg pernah terjadi ada kawan peluka yg balik umah dalam keadaan menangis sbb gasingnya berlubang dan serpih akibat dipangkah oleh kawan2 yg lain (ini kes makan hati huauhahauhauhua) , tetapi keesokan harinya dia akan kembali bersama gasing baru dan semangat baru , kira mcm berhantu jugak lah permainan gasing ni ye la walau kene mcm mne pun ttp nk main gak , peluka juga pernah kena marah akibat gasing ni , ye lah sbb terlalu asyik main gasing smpai azan magrib pun tk dengar , apa lagi kena ceramah free la heheheheh

Gasing juga menhadirkan byk kenangan yg terindah , permainan yg menyatukan anak2 kampung dan memberi kami kenal erti persahabatan dan kehidupan , bagi peluka hidup ni kdg2 mcm gasing “kadang2 kita pangkah gasing orang , esok2 kita plak kena pangkah balik “ mcm kehidupan kan hihiihihi , kami jugak main bukan takat dengar rakan sebaya malahan golongan yg brergelar pakcik2 pun turut join sekaki , jadi suasananya sgt gamat dan sukar utk di ceritakan disini (sekarang susah nk jumpa suasana mcm ni ye lah semua nya sibuk2 dgn urusan masing2) , peluka rasa suasan begini mmg tkkn dapat walau pun ada yg sanggup membelinya jika ada dijual , peluka kdg2 kesian dgn kanak2 zaman sekarang yg tk sempat merasa apa yg peluka pernah rasa dahulu , sekarang ni diorang hanya boleh main bey blade gasing moden yg canggih tapi tiada nilai sentel mental seperti bermain gasing kayu…hmm

Byk perkara yg perkara tk dapat nk cerita kan kerana ia sgt sukar digambarkan dgn taipan , biarlah pengalaman dan kenangan itu mekar di ingatan peluka , peluka harap ada usaha utk menghidupkan kembali permainan gasing pangkah ini , kerana bagi peluka permainan tradisional itu juga melambangkan jati diri ……

Sunday, March 27, 2011

Cokodok (My Sweet Heart)



Salam , peluka just nk tulis ttg kueh kesayangan hati a.k.a Cokodok yg peluka rasakan begitu banyak nostagia bersama kueh ini , yelah peluka kan org kampung so da jadi seperti kewajibpan utk bersarapan atau makan petang bersama Cokodok dan kopi’ O panas.

Kueh yg sinonim dgn buah pisang ini seperti satu kemestian utk para pengemarnya utk menikmati nya diman-mana saja , sbb itu sekarang ini kueh ini telah dikormerselkan (sudah dijual ditepi2 jalan dan pasar2 malam) secara tak langsung kueh ni da jadi femes termasuk di bandar2…(yg tk reti buat boleh beli aje dan makan hehehehhe).

Tapi bila kita makan rasanya sgt berbeza dari buatan ibu2 kita dirumah yg sgt lembut dan sedap seperti ada resepi rahsia yg tersembunyi disebalik masakan ibu (mungkin ibu kita memasak kueh ini dgn kasih sayang sbb tu sedap sgt hehehehhe) , berbeza dgn kueh yg dibeli agak keras dan besar (boleh terlekat kalau mkn secara gelojoh hahahaha ) , peluka rasa mungkin mereka byk mengunakan tepung dan hanya sedikit gunakan pisang dan sedikit serbuk penaik (sbb tu kueh diorang sihat2 belaka huahuahuahua) , apa pun cokodok ttp menjadi pilihan hati.

Kueh yg tk lekang dek hujan dan tk hilang dek zaman ini mmg ada peminatnya tersendiri , cokodok seperti sebahagian dari kisah hidup kita , walau pun di makan masa tapi cokodok ttp begitu , ttp asli dan mengerkalkan ciri2 asal kueh itu , tidakk seperti burger , nuget dan makanan ringan dari luar yg sering bertukar2 resepi dan penyediaanya seperti tiada identiti dan perisip , biarlah cokodok dikatakan comot , berminyak dan old school tapi pada hakikatnya cokodok adalah kueh yg mempunyai jati diri yg tinggi heheheheheh , peluka bangga dgn cokodok ni sebenarnya… bak kata org lama “tiada yg lama tiada yg baru” selamat menikmati cokodok kueh tradisi yg reliven sepanjang zaman 

Wednesday, March 23, 2011

Earth Hour , Sabtu , 26 Mac 2011 , 8.30 Malam



Pernah ada yang bertanya, apalah faedahnya menutup lampu pada waktu malam selama 60 minit dan apalah sangat manfaatnya kepada kepada alam sekitar kita? Jika persoalan sebegini mengapungi pemikiran kita, ternyata kita silap.

Bumi diancam pemanasan global. Itu fakta.

Memadamkan lampu dalam tempoh masa 60 minit kesannya sedikit cuma kepada alam. Itu bukan pokok pangkalnya.

Mungkin anda tidak tahu, gas bumi seperti karbon dioksida (C02) sebenarnya penyumbang utama kepada pemanasan global.

Dengan mematikan lampu selama satu jam secara bersamaaan, bererti kita berjaya menjimatkan 267.3 tan karbon dioksida, dan menjimatkan lebih dari 267 pokok kerana 1 pokok mampu menyerap 1 tan CO2 dalam 20 tahun masa hayatnya.

Dan yang lebih penting, bergelap selama 60 minit bermaksud kita peka kepada alam. 60 minit itu sahaja untuk kita tunjukkan keprihatinan kita kepada isu alam sekitar. Tak guna kita berpong-pang pong pang tetapi akhirnya, zero actions.

Itu lebih baik daripada 60 minit kita bercanda bersama kawan, ber-FB, mengumpat, clubbing segala. Bergelap selama 60 minit itu mungkin sahaja lebih baik.

Untuk maklumat lanjut tentang Earth Hour, sila ke sini.
Allah telah lama memberikan amaran kepada manusia tentang akan musnahnya alam suatu hari nanti. Perhatikan firman Allah dalam ayat 8-10 surah al-Mursalat :

فَإِذَا النُّجُومُ طُمِسَتْ وَإِذَا السَّمَاءُ فُرِجَتْ وَإِذَا الْجِبَالُ نُسِفَتْ

Maksudnya : Oleh itu, apabila bintang-bintang (binasa dan) hilang lenyap; Dan apabila langit terbelah; Dan apabila gunung-ganang hancur lebur berterbangan

Hayat Bumi yang merupakan anugerah terindah daripada Allah ini semuanya terletak di tangan manusia!

Justeru, saya dengan bangganya menyokong Earth Hour 2011!

Tuesday, March 22, 2011

Nikmat Secawan Teh Tarik...



Salam…teh tarik mmg minuman yg tk perlu lagi diperkenalkan , pluka rasa semua org tahu dari warung kecil hingga ke restoran mamak dan hotel mmg menjadi pilihan kita , boleh dikatakan ia minuman tradisi dan jadi kegemaran dari anak remaja hingga ke peringkat dewasa …

Melayu , Cina dan India semua kenal dan tk terlalu pelik klau pluka katakan teh tarik umpama tanda 1 Malaysia.

Serbuk teh , susu pekat , gula antara bahan2nya yg mehasilkan nikmat yg sukar digambarkan dgn kata2 , ada yg kata minuman ni mcm berhantu ye la boleh ketagih klau tk minum dalam sehari mesti kena sekurang2nya secawan.

Dekat kedai mamak lagilah pemes tmbah2 time tgk bola kene 2 3 gelas pun masih belum puas , tambah plak ada pasanganya iaitu roti canai fuhh mmg terbaik hehehehhe…

Apa pun dalam kesedapan kita menghirup teh tarik perlu peluka ingatkan disini kesan2nya … utk mereka yg ada kencing manis harus awas dengan kemanisan dalam secawan teh tarik , yg ada sakit jantung harus tahu kesan susu pekat yg sgt manis serta berlemak yg sgt tidak baik terutama kpada mereka yg menghidapi masalah jantung dan kelestrol tinggi…kepada mereka yg ada penyakit angin pun harus berhati-hati kerana teh akan memberi kesan kepada anda , ada juga peluka dgr pengemar minuman ini berisiko utk mendapat angin akhmar atau strok …

Biar pun bermacam2 yg peluka dgr ttg minuman ini tapi bagi pengemar teh tarik ia tk pernah jadi batu penghalang…bagi peluka dalam kita menikmati keenakan nya harus juga beringat pada kesan dan akibatnya 

Sunday, March 20, 2011

SATIO VS N70...


ini handphone sony ericcsson Satio...function dia ok la ada magic touch , WIFI ,GPS dan banyak lagi ...tp sejujurnya peluka lebih sukakan Handphone lama peluka yg kat bawah ni....bak kata orang tak lapok dek zaman ....hehehe



ni la dia ...walau agak old school ... tp tetap d hati :)...

Friday, March 18, 2011

Bumi


Salam…Pluka nk taip ttg bumi…tempat tinggal kita juga seluruh penghuni alam Kita berjln , tinggal , lepak , berlari dan buat byk aktiviti diatas badannya Nasib bumi tk bleh bercakap klau tidak da habis kita kene sound hehehehhe tk Mne nye , mcm2 bende kita buat di atas die , rumah , siap ada mcm2 saiz kaya Yg besar le rumah die bina , yg susah buat pondok aje , ade plak yg bina Kilang besar2 mmg jadi jutawan la ,tapi sisa2 bahan buangan kilang byk yg buang Tk kira tmpat (atas bumi jgak kan ahak ) , dlm byk hal bumi jadi mangsa …


Brape umo bumi ?? mesti da berabad kan , da tua gila da bumi ni , tapi kesian Tk ramai peduli dan nak jaga die , bila ada kempen global warming kene tutup lampu Selama 1 jam itu pun ramai yg komplen n tk buat , padahal setahun sekali aje huhuhuu Beg plastik , botol , jgn harap la nk kitar semula (termasuk aku) , tapi selepas tgk Bencana alam yg makin menjadi2 , takut pun ada , mungkin kah semua ni angkara Tgn kita sendiri?? Tuhan da bagi kita tempat tinggal tapi kita gagal menjalankan Amanah utk menjaga bumi ini , ialah kitakan khalifah kat muka bumi ni hmmm… ya Allah ampunkan kami ….


Peluka pun malas nk taip panjang2 sbb semuanya kena kat batang hidung sendiri Apa yg penting kesedaran , kita belum terlambat utk berubah , tapi bende ni Bukan kerja sorang , semua kene berubah baru ada hasil , pakat2 kita kurangkan Pengunaan beg plastik , cuba cari info utk faham dgn lebih lanjut ttg apa yg patut Kita buat (kene buat ni wey jgn tau online FB je kekekkekek) dan bila da faham Kene la buat , jgn faham aje tapi tk buat ampeh jekk hehehehheheh , moga2 Generasi akan datang pun dapat menikmati kedamaian hari ini (kita nk pakai Lama2 bumi ni kene ingat tu) , moga2 kita jadi makhluk yg bersyukur …amin… Ok lah tc All….peace for “bumi” 

Monday, March 14, 2011

Tsunami Bertandang Lagi.




Datangnya penuh misteri…
Sekadar boleh diramal…
Tiada yg pasti…
Datangnya seperti membawa perutusan…
Dari pemilik alam dan sekelianya…
Menjadi pesanan bagi yg memahami…
Bukan sekadar air mata yg mengalir ke bumi…


Datangnya bersama gempa bumi yg kuat…
Seperti adanya kemurkaan bersamanya…
Rumah , kereta , nyawa dibawanya …
Sekelip mata semuanya berubah …
Air yg dulunya tenang kini seperti meradang…
Bumi bergegar seperti menhalau penghuninya…
Mata hanya mampu menjadi saksi…
Apa yg terjadi itulah namanya bukti…
Bukti kekuasaan Allah yg Maha Tinggi…

Aku hanya mampu menadah tgn …
Agar kita sekelian diberi perlindungan…
 Seraya diampunkan dosa dan kesalahan…
Dosa2 kita yg bergelar insan…
Mari kita semua jadikan ia 1 pengajaran…
Kemurkaan Allah bukan mainan…
Dia berhak melakukan sedemikian…
Hanya simpati Dia kita harapkan…
Moga dapat terus bertapak di bumi Tuhan…
Amin… 

Sunday, March 13, 2011

Akhil Hayy - Berita Kepada Kawan



Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan

Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan
Tubuh ku terguncang di hempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan

Perjalan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih
Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya Mengapa?


Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini
Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari

Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit
Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang

Thursday, March 10, 2011

Pedang Baginda S.A.W

Bila pluka belek2 gambar pedang Rasullullah ni berbagai perasaan dan persoalan timbul , kesayuan serta kerinduan mmg tk dapat dibendung lagi , enam buah pedang Nabi Muhammad SAW yang biasanya dipakai dalam peperangan, dipamerkan di convention hall Sun City Sidoarjo.

Diantara pedang senjata peninggalan Nabi itu, Dzu Al Faqar, Al Qadib, Al Rasub, Al Battar, Al Ma'thur dan Al Qol'i. Selain pedang Nabi, busur panah, font print atau jejak telapak Nabi Muhammad dari masjid Al Aqsa juga ikut dipamerkan.

 apa yg dari peluka tahu , ini diantara  pedang-pedang Nabi yang digunakan dalam peperangan dalam menegakkan keadilan pada masa hidup Nabi.

"Jumlah pedang Nabi yang masih tersimpan di istana Topkapi Istambul Turki, berjumlah 9 buah, beserta barang peninggalan Nabi lainnya. Semuanya masih tersimpan rapi dan terjaga…


(pedang2 ini menjadi saksi kekuatan islam , kasih sayang Rasullullah serta kepayahan yg ditempuh Baginda S.A.W semasa hayatnya , untuk membawa sinar islam serta rahmat kepada kita umatnya , kadang kala peperangan tidak dapat dielakan terutama ketika bertemu dengan musuh yg tidak boleh dibawa berbincang secara lisan…ternyata Rasullullah seorang yg gagah  serta sgt berani…SUBAHANNALLAH…Allahumasoli a’la Muhammad)

Mentari Mengundurkan Diri…

Bila time petang aku suka tgk matahari ….
Bagi aku ia 1 keajaiban alam yg kita boleh nampak….
 Matahari yg setia pada Tuanya …
Tk pernah lupa utk pulang bila tiba masanya….
Bila renung warnanya yg merah keredupan…
Sgt mempersonakan seperti dipukaw dgn kedamaianya…
Bahangnya yg sesekali bercampur dengan angin petang…
Membuat aku terlupa untuk pulang dibuatnya…

Matahari penuh misteri …
Berapakah umurnya?? Berabad? Berkurun? …
Tapi still maintain seperti dulu jua…
Aku pasti matahari menyimpan byk rahsia…
Byk telatah sudah dilihatnya hmm …
Byk kesedihan , kegembiraan dan pesenketaan…
Juga kehancuran akibat tangan sendiri…
Ia menjadi saksi atas apa yg terjadi…

Wednesday, March 9, 2011

Jangan Takut Untuk Mengaum !!!


Wahai Harimau yg berdarah pejuang…
Semangat laksana pahlawan tk pernah kurang..
Biar muda tapi tk goyang…
Walau pun jatuh tk akan mengerang…
Ketika bertarung di gelanggang orang …
Jgn malu utk menerkam peluang yg terhidang…
Jikalau engkau lambat kau sendiri akan dibaham…
Biar putih tulang jgn putih mata….

Wahai Harimau yg berbaju negara…
Jgn fikir kalah juga terlalu alpa..
Lakukan dengan cara mu …
Kerna diatas padang tiada kemenangan…  
Sebelum wisel ditiupkan…
Klau engkau terjatuh cepat2 lah bangun…
Jgn mengelamun sambil termanggu…
Kelak harapan tinggal harapan…

Walau apa pun keputusanya nanti..
Berjuanglah dulu sepenuh hati…
Jgn diharap kemenangan datang mencari ..
Kerana kemenangan berhak dimiliki…
Oleh mereka yg bertarung sepenuh jiwa…
Bukan yg bersambil lewa..
Jgn takut utk mengaum…
Demi negara tumpah darah ku !!!!

Tuesday, March 8, 2011

Melakar Rindu

Terlalu singkat hubungan ini
Belum pun sempat melakar rindu
Baru semalam mimpi dicipta
Mengapa mendung melanda sukma

Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya

Entah mengapa hati bertanya
Mengapa kasih terlerai kini
Ku tak salahkan dirimu sayang
Lantaran takdir sudah tersurat

Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya

Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya
Punahlah jua kini akhirnya


Monday, March 7, 2011

Mimpi Yang Hadir.....

Selepas terjaga  dari tidur termanggu seketika …
Mengenang apa mimpi yang di alami semalam …
Mimpi menjadi kaya ? atau mimpi yang kelam Cuma …
Tak banyak yang dapat di ingat…
Biarkan mimpi itu pergi bersama misteri …
Namun mimpi memang teman yang sejati…
Datangnya tidak perlu diundang …
Perginya tidak perlu diusir …

Ada kalanya mimpi bagai ingin memberi tahu sesuatu…
Sesuatu yang aku sukar untuk mengerti…
Jika mimpi sekadar mainan …
Mengapa aku rasa semuanya benar belaka …
Walau sekadar mimpi ada waktunya aku rasa gembira …
Kerana impian ku hampir tertunai di situ …
Kadang2 rialiti dan fantasi boleh bertemu …
Di alam mimpi lah mereka bersatu…

Walau mimpi yang indah dan sempurna tak selalu hadir …
Tapi mimpi yang datang semuanya istimewa …
Bagiku mimpi ada berbagai wajah …
Wajah yang memberi inspirasi …
Buat mereka yang mahu berfikir …
Biarkan mimpi dengan rahsianya …
Terus berkunjung datang dengan pelbagai cerita …
Teima kasih mimpi … malam ini bertemu lagi … J

Saturday, March 5, 2011

Mencari Sinar...

Salam….
Bila melihat matahari , apa yang selalu kita harapkan ialah cahayanya , kerana dengan cahaya nya kita banyak dapat maanfaat dari urusan harian hingga sebesar-sebesar urusan seperti pengurusan sumber tenaga solar dan sebagainya , boleh dikatakan matahari juga rahmat untuk manusia yang memberi kecerahan dengan cahayanya di siang hari …subahanallah

Begitu juga dengan agama islam yang junjungan mulia kita Nabi Muhammad S.A.W bawa kepada kita , terutamanya untuk kita umat akhir zaman , yang merupakan nikmat terbesar yang Allah kurnia kan kepada kita , cuba kita bayangkan kalau kita di lahirkan di Amarika Syarikat dan bukan dari keluarga islam , sudah pasti sukar kita mendapat nikmat islam ini , tapi syukur kita di lahirkan di Malaysia sebuah negara islam yang mana agama rasmi nya juga islam dan di lahir juga di dalam keluarga islam , kita patut betul-betul bersyukur dengan nikmat ini … alhamdullilah

Tapi apa yang terjadi hari ini memang sangat merisau kan  peluka , anak-anak muda islam lebih cenderong kepada cara hidup barat , kalau sekadar muzik peluka rasa tidak ada masalah tapi apa yang peluka nampak sekarang ini lebih dari sekadar muzik hingga kan kehidupan harian , cara pemakaian , kefahaman seperti Black Metal , Skinhead , Punk ,Emo , dan banyak lagi , mula mengalir dalam kehidupan seharian mereka , mereka begitu bebas melakukan segala aktiviti tanpa segan silu , peluka tahu negara kita negara bebas tapi kena juga ada tahapnya , yang paling peluka risau kan adakah mereka tahu dan faham apa yang mereka lakukan ? adakah mereka pasti apa yang mereka lakukan tidak bercanggah dari sudut syarak ? adakah mereka sedar kesannya kepada diri mereka mahupun keluarga , masyarakat dan masa hadapan negara ? moga-moga mereka fahami apa yang mereka lakukan , itu lah harapan peluka …

Peluka kekadang tersenyum sendiri , peluka sedar peluka sendiri pun bukan sempurna , tetapi bagi peluka apa yang terjadi hari ini bukan soal individu tapi lebih kepada soal keseluruhan masyarakat dan juga masa hadapan negara dan yang lebih penting bangsa dan agama itu sendiri , jadi kerna itu lah peluka bersuara dengan cara sendiri dan termampu , yang memberi hidayah itu kerja Allah , peluka hanya mampu menegur apa yang termampu , ada golongan yang dia membuat kesalahan dan dia berbangga dengan kesalahan nya itu , tidak kah sepatutnya kita harus malu dengan kesalahan kita sendiri ?.Tapi sebaliknya pula yang berlaku…

Apa yang boleh peluka rumuskan dari sudut peluka yang serba lemah ini ialah , kita harusMENCARI CAHAYA  ‘ kita harus pulang ke pangkal jalan , pegang kuat-kuat SUNNAH Hadis dan Al-quran  , jangan malu dan takut untuk kembali kepada Allah kerana pengampunan Allah itu lebih besar dari segalanya , lakukan solat taubat , lakukan kembali semua kewajipan yang sesalu tertiggal seperti sembahyang dan segalanya banyakkan berdoa dan memohon hidayah serta rahmat dari Allah  , peluka doakan kita semua mudah-mudahan ditunjukkan jalan yang benar dan di tempat kan ditempat yang sebaik-baiknya kita diami yakni Syurga Yang Kekal Abadi …amin...wahuallahualam (peluka menulis sekadar untuk renungan mohon maaf salah dan silap , yang baik itu dari Allah  dan yang lemah itu adalah dari peluka sendiri )

Thursday, March 3, 2011

Hikmah Sebalik Sesuatu…

Salam…
Seperti hujan yg turun di bumi ciptaan Allah ini begitu juga dengan ujian yg akan hadir pada setiap insan tanpa mengira jantina , usia atau siapa saja , ujian umpama teman yg akrab yg akan hadir silih berganti kepada kita mengikut kehendak Allah , ujian yg turun kepada seseorg individu itu selalunya berlainan dan berbeza , ada yg diuji dengan sakit yg berpanjangan , kesusahan , kesempitan juga kekayaan.
Yg pastinya Allah menguji hambanya berdasarkan kemampuan imanya dan Allah tidak pernah sesekali menzalimi hambanya.
Apa yg berlaku pasti ada hikmahnya , Allah tkkn jadikan 1 itu tanpa sebab , Rasullulah mengajar kita utk menerima segala ujian atau mussibbah dengan melakukan 3 perkara agar memperoleh kebaikan dari ujian itu , 1-mengucapkan ungkapan ‘INNALILAH HIWAINNALILAHIROJI’UN’. 2-MEMOHON PADA ALLAH AGAR MENGURNIAKAN ATAU MEMBERIKAN PAHALA DI ATAS UJIAN TADI. 3-MEMOHON PADA ALLAH AGAR DIBERIKAN KEBAIKAN ATAU DIGANTI SESUATU ITU DENGAN YG LEBIH BAIK  (seperti contoh::jika sakit mohon disembuhkan).
Dari apa yg peluka lihat dan lalui sendiri , setiap ujian yg hadir pada kita sebenarnya ada juga membawa kebaikan pada kita disebalik kesukaran yg dilalui , seperti contoh bila seseorang itu sakit atau dalam kesusahan , dia akan selalu memohon , berdo’a dan berharap bantuan dari Allah , secara tidak langsung dia sgt dekat dengan Allah sebenarnya , jika seseorang tu diuji dengan penyakit yg berpanjangan atau sebagainya dia akan mendapat kifarah (pengampunan) sekiranya bersabar dan redha dengan apa yg diterima…wallahualam…
Peluka sangat bersetuju jika ada yg berkata bila kita diuji itu tandanya Allah sayang pada kita , Cuma peluka juga mengakui bukan mudah menerima apatah lagi ia sesuatu yg tidak di ingini oleh hati seperti kehilangan orang tersayang dan sebagainya , namun sebagai hamba Allah kita harus redha dan pasrah sambil berdoa dan memohon agar Tuhan memberi kekuatan dan ketabahan bagi melalui segala ujian2 yg melanda , lakukan solat hajad atau berjumpa ustaz untuk meminta panduan atau pandangan bagi melalui tempoh2 yg sukar juga mungkin boleh membantu diwaktu diuji sebegini.
Apa yg peluka boleh simpulkan di sini , jangan la kecewa dan berputus asa dengan segala ujian Allah , kerana Dia lebih Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani , peluka letakan sedikit petikan dari Al-Quran mudah2an boleh memberi motivasi kepada kita semua… surah yusuf 12:87
"janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tidak lah org yg brputus asa daripada rahmat Allah melainkan org kafir"
  dan Allah berfirman yg bermaksud..: "Maka sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" ... Surah al-Inshirah 94:4-6…wallahualam (peluka tulis berdasarkan pengalaman dan apa yg dilihat , segala kelemahan datangnya dari pelluka sendiri dan yg baik itu dari Allah)

Wednesday, March 2, 2011

Kekecewaan & DejaVoo …


Salam…
 Peluka nak tulis tentang kekecewaan & DejaVoo , tajuk memang terbaik tapi bagi yang melaluinya pasti akan meninggal kan parut kelukaan di hati dan trauma di jiwa , kalau nak bercerita tentang kecewa rasanya smua insan bercinta prnah melaluinya tapi yang peluka nak cerita ni tentang kelukaan yang berulang-ulang  kali , cuba bayangkan atas alasan ‘kesetiaan’ ada insan sangup di tipu atau mengalami penderaan jiwa , atas sebab ‘sayang’ dia sangup diperlakukan perkara yang sama seperti penipuan , kecurangan dan perkosaan kesucian cinta itu sendiri , yang lebih menyedih kan apabila di tanya mengapa sangup diperlakukan sebegitu , jawabnya “saya x bleh hidup tanpa cinta atau belaian seseorang yang bernama kekasih !’’ , peluka x tahu la pula jika cinta itu bleh di andaikan seperti keperluan harian mcm nasi , pakaian dan tempat tinggal , tapi cuba la berfikir secara logik jika seseorang itu menyayangi , mengasihi dan mencintai diri anda takkan dia sangup melakukan , mengecewakan dan membunuh cinta anda dengan alasan yang sama berulangkali ?? lihat bagaimana kasih sayang seorang ibu atau ayah pada seorang anaknya , ini contoh cinta atau kasih yang suci (cinta ni subjektif ok) walaupun x semua ibu dan ayah di dunia ini mampu memberi kemewahan kepada anak2nya tapi peluka yakin mereka telah memberikan apa yang termampu yang mampu mereka berikan seperti cinta kasih sayang , pengorbanan yang tiada noktahnya dan perlindungan dan banyak lagi (kalau nk tulis 10 page pun tak cukup lagi rasa peluka) , kalau nak cerita kasih sayang Allah kepada hambanya , SubahannAllah lagi la hebat , ye la siang dan malam Allah tunggu kita untuk memberi keampunan dan tunaikan permintaan hamba-hamba-NYA , kita manusia ada juga time kita tidur tapi Allah tidak , setiap masa dia memerhati dan memerlihara kita wallahualam , banyak lagi contoh kalau kita nak sebut macam cinta Rasulullah kepada umatnya , sehingga ke akhir hayat masih menyebut dan mengingati kita ,  Allah huma soli’ala Muhammad...
Peluka bukan berniat nak cari salah sesiapa , sekadar menegur dan memperingatkan termasuk kepada diri peluka sendiri tentang kelemahan kita sebagai manusia biasa yang mudah hanyut dalam belaian cinta hingga kita karam ke lautan cinta nafsu atau sebagainya , ingatlah kita anak2 dan hamba kepada Allah ada tugas dan tanggung jawab lebih penting kepada ibu bapa , Agama dan Bangsa , kita semua akan dipersoalkan di depan Allah nanti , jangan biarkan CINTA YANG SEMANIS MADU BERUBAH MENJADI SEPAHIT HEMPEDU DAN AZAB YG PEDIH wallahualam…sebelum kita mencintai manusia belajarlah untuk mencintai Allah moga Rahmat dan hidayahnya sentiasa menyuluh kita di dunia hingga Akhirat sana…amin… J

Tuesday, March 1, 2011

Hati Yang Sayu…

Salam…
Hari ni pluka nk tulis ttg hati yg sayu (kire macam gerimis di hati la) ,pernah tak kita rasa sayu yg begitu menusuk hati tetapi kita sendiri tidak tahu mengapa , hingga ada  masanya selepas menitiskan air mata baru lah hadir perasaan tenang atau lapang hehehehe , pluka sendiri pun tak tahu nk cerita benda ini secara saintifik , tapi yg pasti siapa yg pernah melalui dia pasti akan mengerti…
Pluka tk rasa apa yg terjadi ni 1 penyakit , tapi pluka rasa ia lebih kepada ‘mood’ atau keadaan sekeliling yg mempengaruhi utk hadirnya perasaan yg sebegitu (tapi kalau ada yg kata itu sebab masalah hormon pun mungkin juga) buat masa ni ubat yg paling mujarab bagi pluka ialah  menitiskan air mata  atau berzikir (mendekatkan diri pada Allah) tapi kalau ada yg mengunakan teknik luahan kepada teman2 pun pluka rasa boleh juga Cuma yg jadi masalah selalunya bila dalam keadaan sayu kita sendiri tak tahu sebab apa jadi cmne kita nk luahkan , betul tak?  Perasaan sayu tu hadir seperti sembilu yg menusuk diruang hati yg paling dalam , bila setiap kali pluka didatangi oleh perasaan sayu ni pluka macam ada di dalam dunia yg tersendiri , walau dikelilingi dengan kawan2 dan gelak tawa tapi pluka rasa seperti begitu terasing , yela perasaan ini kita je rasa org lain tk rasa ape2  sebab tu pluka kata kita macam hidup dalam dunia yg sendiri dan begitu terasing (yg pastinya ini bukan sakit mental ok hehehhe )
Pluka teringat kata orang ‘hati adalah tempat dosa dan pahala bertarung’ jadi mungkin diwaktu tu ada pertarungan yg kuat sedang tercetus jadi hadirlah perasaan sayu ni (ini teori pluka ok) dan ada juga yg kata itu isyarat hati atau ‘gerak batin’ yang Allah kurniakan pada kita sebagai tanda sesuatu telah terjadi , tapi perkara ini sesiapa pun tk boleh mengesahkan kebenaranya sbb tiada bukti yg jelas jadi wallahualam. Apa yg pluka boleh katakan setiap yg terjadi mesti ada sebab dan hikmahnya , mungkin itu rahsia Allah , kita sebagai hamba tak smua perkara kita tahu dan ada sebahagiannya hanya Allah yg mengetahui.
Perasaan sayu ni sesuatu yg unik yg kalau kita fikir secara positif kita akan sedar ini juga sebagai tanda kekuasaan Allah , yela bukan stakat mencipta anggota badan yg sempurna tapi hati (organ dalaman) yg kita tk nampak dari segi zahirnya tapi tetap kita boleh rasa ‘iklim perubahan dalam hati yg kita panggil perasaan’ SUBAHANNALLAH…hebat kan ?? ok lah stakat ini saja nukilan pluka , nt bertemu lagi insyaAllah J