:)

Followers

my playlist


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com



Monday, March 28, 2011

Gasing (Nostagia Peluka Hati)

Salam , harini peluka nk taip ttg “Gasing” permainan peluka bersama teman2 sekampung di suatu masa time kanak2 , gasing adalah permainan yg penuh kisah dan kenangan bersama kawan2 , gasing diperbuat dari kayu , paku , seutas tali guni dan 1 penutup botol minuman , gasing boleh dimainkan secara berkumpulan yg dipanggil gasing pangkah , 1 bulatan harus dibuat dan pemain2 harus melakukan ‘jep’ utk menentukan gasing siapa yg harus diletakan dalam bulatan utk dipangkah oleh pemain2 lain (itu serba sedikit ttg asas permainan gasing)

Tapi gasing peluka agak special sedikit hehehehe sbb peluka tidak beli di kedai tetapi sebaliknya menempah dari seorang pak cik yg menghasilkan gasing itu dgn buatan tangan dan menggunakan kayu dari dahan jambu (tak kisah la jambu batu ke jambu air) kerana disamping gasing itu akan agak besar dari saiznya dari gasing biasa , gasing buatan tangan juga akan menghasilkan bunyi berdengung yg sgt hebat (hanya sesiapa yg main gasing saja tahu hebat cmne hehehe) , peluka juga telah melakukan ubah suai dgn menukat paku yg lebih besar siap diasah tajam (ni kalau kawan2 tgk mmg menghadirkan gerun punya…hikkk ) , mmg pernah terjadi ada kawan peluka yg balik umah dalam keadaan menangis sbb gasingnya berlubang dan serpih akibat dipangkah oleh kawan2 yg lain (ini kes makan hati huauhahauhauhua) , tetapi keesokan harinya dia akan kembali bersama gasing baru dan semangat baru , kira mcm berhantu jugak lah permainan gasing ni ye la walau kene mcm mne pun ttp nk main gak , peluka juga pernah kena marah akibat gasing ni , ye lah sbb terlalu asyik main gasing smpai azan magrib pun tk dengar , apa lagi kena ceramah free la heheheheh

Gasing juga menhadirkan byk kenangan yg terindah , permainan yg menyatukan anak2 kampung dan memberi kami kenal erti persahabatan dan kehidupan , bagi peluka hidup ni kdg2 mcm gasing “kadang2 kita pangkah gasing orang , esok2 kita plak kena pangkah balik “ mcm kehidupan kan hihiihihi , kami jugak main bukan takat dengar rakan sebaya malahan golongan yg brergelar pakcik2 pun turut join sekaki , jadi suasananya sgt gamat dan sukar utk di ceritakan disini (sekarang susah nk jumpa suasana mcm ni ye lah semua nya sibuk2 dgn urusan masing2) , peluka rasa suasan begini mmg tkkn dapat walau pun ada yg sanggup membelinya jika ada dijual , peluka kdg2 kesian dgn kanak2 zaman sekarang yg tk sempat merasa apa yg peluka pernah rasa dahulu , sekarang ni diorang hanya boleh main bey blade gasing moden yg canggih tapi tiada nilai sentel mental seperti bermain gasing kayu…hmm

Byk perkara yg perkara tk dapat nk cerita kan kerana ia sgt sukar digambarkan dgn taipan , biarlah pengalaman dan kenangan itu mekar di ingatan peluka , peluka harap ada usaha utk menghidupkan kembali permainan gasing pangkah ini , kerana bagi peluka permainan tradisional itu juga melambangkan jati diri ……

No comments:

Post a Comment