:)

Followers

my playlist


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com



Wednesday, March 23, 2011

Earth Hour , Sabtu , 26 Mac 2011 , 8.30 Malam



Pernah ada yang bertanya, apalah faedahnya menutup lampu pada waktu malam selama 60 minit dan apalah sangat manfaatnya kepada kepada alam sekitar kita? Jika persoalan sebegini mengapungi pemikiran kita, ternyata kita silap.

Bumi diancam pemanasan global. Itu fakta.

Memadamkan lampu dalam tempoh masa 60 minit kesannya sedikit cuma kepada alam. Itu bukan pokok pangkalnya.

Mungkin anda tidak tahu, gas bumi seperti karbon dioksida (C02) sebenarnya penyumbang utama kepada pemanasan global.

Dengan mematikan lampu selama satu jam secara bersamaaan, bererti kita berjaya menjimatkan 267.3 tan karbon dioksida, dan menjimatkan lebih dari 267 pokok kerana 1 pokok mampu menyerap 1 tan CO2 dalam 20 tahun masa hayatnya.

Dan yang lebih penting, bergelap selama 60 minit bermaksud kita peka kepada alam. 60 minit itu sahaja untuk kita tunjukkan keprihatinan kita kepada isu alam sekitar. Tak guna kita berpong-pang pong pang tetapi akhirnya, zero actions.

Itu lebih baik daripada 60 minit kita bercanda bersama kawan, ber-FB, mengumpat, clubbing segala. Bergelap selama 60 minit itu mungkin sahaja lebih baik.

Untuk maklumat lanjut tentang Earth Hour, sila ke sini.
Allah telah lama memberikan amaran kepada manusia tentang akan musnahnya alam suatu hari nanti. Perhatikan firman Allah dalam ayat 8-10 surah al-Mursalat :

فَإِذَا النُّجُومُ طُمِسَتْ وَإِذَا السَّمَاءُ فُرِجَتْ وَإِذَا الْجِبَالُ نُسِفَتْ

Maksudnya : Oleh itu, apabila bintang-bintang (binasa dan) hilang lenyap; Dan apabila langit terbelah; Dan apabila gunung-ganang hancur lebur berterbangan

Hayat Bumi yang merupakan anugerah terindah daripada Allah ini semuanya terletak di tangan manusia!

Justeru, saya dengan bangganya menyokong Earth Hour 2011!

No comments:

Post a Comment