:)

Followers

my playlist


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com



Wednesday, April 6, 2011

Duit Dan Manusia , Siapa Tuan Siapa Hamba ??

Salam, kata orang sbb duit ni adik beradik boleh bergaduh dan hilang saudara mara , mungkin 10sen tiada membawa apa2 erti kepada anda tetapi sebenarnya dari nilai 1sen duit itu sudah ada harganya , cuba bayangkan klau kita ada 99sen , walau ia sudah dekat dgn RM1 tetapi ia tidak akan menjadi RM1 selagi tidak ada 1sen yg bukan sekadar menjadi nilai tambah malah menukar dari sen menjadi RM.

Duit ini ada kuasanya , ada yg menilai sesebuah ekonomi atau individu itu dari harta atau duit yg dia ada , duit ini ciptaan manusia tetapi peranannya kadang kala membuat manusia itu sendiri hilang punca , peluka pernah dgr ada seseorang berkata “nyawa skrg ni da tkda harga , klau ada duit dunia pun kita boleh beli” , tapi peluka tknk komen ttg kuasa duit atau kepentinganya kepada org lain , sbb peluka sendiri mengaku utk dunia hari ni duit mmg 1 keperluan utk semua org termasuk peluka , nk masuk tandas awam pun kene bayar kan , tkde yg free skrg ni hehehehe , tapi apa yg peluka risau kan bila kita tidak tahu bezakan keperluan dan keinginan sehingga duit menjadi segala2nya utk kita , duit da jadi seperti “Tuan” kepada kita , sehinggakan kita terlupa asal duit itu kitalah tuannya (ye la kita yg buat die kan) , duit seperti “nyawa” kepada kita , ada duit kita bahagia , tkde duit kita tkbleh hidup , (benda ni sgt subjektif , masing2 ada pndapat sendiri , klau tersalah tafsir nt ada yg marah hehehe). Moga kita tau beza kan ttg perkara ni.

Peluka tgk kdg2 ada org yg kaya byk duit tapi tk senang mne pun , malah ada jugak yg peluka tgk hancur sbb duit , ye la mak bapak byk duit anak mintak apepun bagi je , enjoy punya enjoy “dunia ana yg punya ” last2 kali dgn die dan duit2 skali hancur , kita kena ingat duit boleh cari tapi kehidupan kita , ksempatan dan ahli keluarga itu adalah rahmat dan amanah dari Allah , kena jaga dan berhati2 dgn kuasa duit , bila peluka fikir2 balik antara ujian yg paling hbat Allah beri ialah nikmat menjadi kaya , kerana kita mudah lupa dan lalai bila diuji begini , berbeza diuji dgn miskin dan sakit , selalunya kita akan mudah ingat dan mohon simpati pada Allah… wallahualam.

Apa yg pluka boleh simpulkan disini , kita sebagai manusia mmg perlukan duit tetapi jgn sampai duit menguasai kita , org islam perlu jadi bangsa yg kuat dan berdaya saing bagi mengangkat maruah agama , yg berduit jgn jadi buta kernanya , malah boleh membantu golongan yg memerlukan dgn cara bersedekah , bayar zakat , wakaf dan sbagainya , dan “kesederhanaan” dalam hidup adalah yg paling penting bagi pluka , sbb Rasullullah pun mengamalkan kesederhanaan dalam hidup , jadi boleh lah kita menjadikan Baginda S.A.W sebagai contoh dlm kehidupan kita , moga kita semua tidak terleka dan terpuukau dgn kuasa duit , kerana tiada apa benda di dunia ini yg kekal termasuk duit melainkan Allah …wallahualam.
p/s : semua yg baik itu dari Allah , dan yg lemah dan silap itu dari diri peluka sendiri .. :)


1 comment:

  1. Nice story Am. Membazir itu kawan syaitan....jadi sebelum beli sesuatu fikirkan la keperluannya.

    ReplyDelete